Pages

Followers

Monday, August 3, 2009

Demam dan batuk...

Hari ini sepatutnya Razi balik ke Kepala Batas. Malangnya, semalam badannya panas hingga 40 darjah...lewat petang aku dan suami membawanya ke klinik. Dan tentunya doktor mengesahkan yang dia demam ...Doktor memberi cuti sakit 3 hari, kalau tak sihat juga jawabnya dia kena dibawa untuk pemeriksaan HINI. Tiket yang diambil terpaksa dipulangkan...malangnya, hanya separuh harga dipulangkan...jadilah dari rugi terus.
Dan aku hari ini, tak mahu bercakap banyak, asal bercakap je nak batuk. Dari malam tadi batuk terus mengganggu tidurku...dan air hidung terus-terusan mengalir keluar, walau dah makan ubat selsema nampaknya belum kering air hidungku. Dan aku tahu, ramai lagi di sekolahku yang terkena sakit demam dan batuk....Tadi di perhimpunan pagi, bila aku batuk saja, bersahut-sahutan beberapa batuk dari orang lain....
Cuaca memang panas hari ini. Jadi tak hairan, bila Kecik si bongsuku dah mula mengadu pening dan panas badan. Faiz pun dah mula merengek-rengek pening kepala....Alahai nampaknya, virus demam ini dah menular dalam keluargaku...Cuma Hakim, yang dah mula sihat...dah mula ke sekolah hari ini. Harap keadaan tak melarat lebih teruk....

No comments: