Pages

Followers

Tuesday, August 4, 2009

Oh Tuhan....jauhi musibah ini.


Petang semalam aku membawa Kecik dan Faiz ke klinik. Lama juga menunggu, dari pukul 6 sampai ke Maghrib....Tapi keadaan ini dah biasa bagi aku kalau ke Klinik Taqwa. Pesakit yang datang bukan saja dari kawasan perumahan ku sahaja, malah mungkin dari satu Ipoh. Dan pesakit yang datang bukan saja orang dewasa, tetapi semua gulungan. Berkerusi roda pun ada. ..Aku dah mengunjungi klinik ini lebih dari sepuluh tahun...aku tak berapa ingat. Tapi yang aku ingat, 4 orang anak lelakiku, semuanya bersunat dengan Dr. Khairuddin..tuanpunya Klinik Taqwa. Mungkin kerana hubungannya baik dengan pesakit, sebab tu kliniknya ramai dikunjungi...

Faiz, Kecik dan aku disahkan demam....Panas badan kecik tinggi juga. Aku dedar-dedar..tapi dek buat batuk dan selsema buat aku rasa tak selesa sungguh. Faiz dan Kecik diberi Mc. Tapi aku segan nak minta.....heheh lagi pun kerja sekolah aku banyak. Dah telan ubat oklah esuk... Dengan ini bermakna aku dan anak-anak semua dah dapat demam...Hakim yang demam minggu sudah dah boleh ke sekolah..itupun pagi tadi liat nak bangun, kerana adik-adiknya semua tak ke sekolah... Razi masih belum ok sepenuhnya. Walaupun dah sejuk, tapi masih lemah dan pening kepala..

Di sekolah pagi ini aku terasa lemah sekali..bila makan ubat, kesan ubat buat aku begitu mengantuk. Nasib baik jadual waktu ku tak banyak. Bila tiba waktu 4K , aku bawa budak-budak tu ke Pusat Sumber Sekolah...bagi kertas dan aku suruh mereka membuat kajian tentang fauna..nampaknya berkesan juga. Kerana suasana begitu nyaman dengan aircond di bilik PSS, aku terlena seketika. Nasib baik budak-budak pun faham aku tak sihat...mereka tak banyak kerenah.

Dalam keadaan yang tak sihat, aku jadi ceria dapat dua sms yang bertanya khabarku dan anak-anak. Aneh juga kawan-kawan ku ini macam tahu-tahu aku dan anak-anak tak sihat. Walaubagaimanapun, aku berdoa pada Allah moga musibah ini cepat berlalu...lebih-lebih lagi dengan wabak H1N1....di sekolah semua orang bercerita tentangnya. Dan hari ini jumlah yang mati kerana penyakit ini dah bertambah menjadi 8 orang....

No comments: