Pages

Followers

Friday, June 19, 2009

..yang jatuh lagi dikenang....

Masyaallah.....
Baru semalam aku menulis tentang dia di blog, alih-alih hari ni tak semena-mena dia menghantar sms kepada aku....entah apa mimpinya...hahaha. Dia yang aku maksudkan tak lain tak bukan Kelana Abd Thani.....insan yang pernah mengisi kekosongan hati aku dulu di ITM....Memang ramai yang tak tahu, kerana kami tak pernah keluar bersama. Kalau ada yang tahu pun hanyalah roomates aku dan mungkin juga beberapa budak fine metal yang sekelas dengannya....Ah ini cerita lama.....kisah cinta yang tak kesampaian. Sebenarnya walaupun dah berkeluarga, sesekali kami bertanya kabar. Aku kenal isterinya dan pernah bertandang ke rumahnya..begitu juga dia pernah datang ke rumahku dan kenal suamiku...tapi dah lama dulu...Aku sebagai isteri orang ...tak mahu juga ungkit cerita lama..hati suami kena juga dijaga. Orang lelaki ni..di luar nampak ok tetapi di dalam kita tak tahu......

Semuanya kebetulan,..kerana dia cikgu dan aku juga cikgu..kadang-kadang kami bertemu di tempat kursus. Sekali tahun 2000 kami sama-sama kursus dekat Pusat Perkembangan Kurikulum...dan sekali lagi dekat Pulau Pinang. Tetapi paling aku tak leh lupa...macamana Allah nak duga aku, kami alih-alih satu kelas dalam ATD tahun 90 .... Masa tu baru aku tahu macamana kuat tak kuat dalaman aku.... Barangkali siapa yang pernah putus cinta dan bertemu kekasih lama, rasanya dia tahu bagaimana seksanya. Tetapi alhamdullillah...aku temui ramai rakan-rakan yang memberi aku semangat dan kekuatan.

Mengingati kembali kisah cinta lama memang lucu...zaman tu tak ada handphone, tak ada sms, jauh sekali internet......kami berinteraksi hanya melalui surat-surat cinta..... Aku memang berbakat dalam penulisan....bila menulis hampir 4, 5 kajang surat ...Apa yang aku tulis...??? Maaf aku pun tak ingat... Surat kemudian akan ku letakkan di peti surat sebelah pejabat...dan Andak rakan sebilik yang juga kelas fine metal akan menjadi penyampai kabar...Dan dia juga akan buat perkara yang sama...

Sebenarnya bila aku fikirkan, aku tak heran pun kalau aku putus cinta....sebab kisah cinta aku agak berbeza dengan orang lain. Kalau orang lain berkepit ke hulu ke hilir tapi tidak aku...Kadang-kadang bila berselisih pun aku buat tak kenal.... Orang bercinta tolong menolong ....tapi tidak aku....kami buat hal masing-masing. Di tambah pula dengan imejku yang berjubah masa tu....aku tak hairan kalau dia mencari orang lain....

Tapi yang baiknya....aku tak bagi tahu pun keluarga aku ada kawan istemewa waktu tu....bila aku putus cinta, baru keluarga mengsyaki sesuatu...Rupanya bila kita putus cinta,, baru kita kenal siapa diri kita yang sebenar.... Kerana tekanan yang tak tertanggung...akhirnya aku balik kampung......

Sesungguh setiap sesuatu kejadian dan peristiwa ada hikmahnya....dan masa yabg berlalu, aku kian kenal diriku...Aku kian faham kenapa Allah merencanakan semua ini untuk aku.Dan kerana itulah aku redha dengan ketentuan Allah... dan yang pastinya hari ini aku tidak lagi menilai manusia itu melalui penampilan luarnya....

No comments: