Pages

Followers

Thursday, June 18, 2009

...Segala Ketentuan Allah jua.

Untuk sekian kali aku membuka laman blog milik budakad82... untuk sekian kali itu aku begitu teruja....melihat betapa masa memakan usia-usia remaja, mengubah rupa bentuk ,penampilan dan segalanya yang pernah aku kenal dulu...dan kalau ikut pengiraan aku dah hampir 27 tahun masa itu berlalu..kalau nak disamakan hampir sebaya dengan rakan setugas aku di sekolah...yang lahir pada julai 82.
Sesekali tersentuh juga..kerana wajah-wajah yang terpapar tiada di kalangan mereka-mereka yang pernah rapat dengan aku dulu....di manakah along, angah, andak, ucu, achik dan shima....yong dapat juga aku tatap perkembangan semasanya...dan melihat betapa jelitanya puteri-puteri yong bersama Akif....betapa masa yang berlalu tak menemukan kami lagi....Along putus kabar, sebaik dia mula berkeluarga...angah pun begitu. Achik, Ucu, Shima dan Andak...langsung tak dapat ku jejak di mana diamnya.....
Dan sesekali bila terpandang wajah-wajah rakan sesama AD...dah tentu mengingatkan aku dengan seraut wajah yang pernah mencipta cinta lukaku....Memang semuanya percaturan Allah belaka...Maka Dia yang Lebih mengetahui rahsia-rahsia alamNya.....Maka terciptalah...episod paling luka dalam hidupku...Aku yang dilihat gagah boleh berdiri tewas kerana kegagalan cinta.....betapa bodohnya aku waktu tu.....ah ...bodohnya...
Tapi pengalaman mendewasakan aku....aku bangkit dan bangun semula...dan sesungguhnya Allah Maha Menyayangi aku hambaNya...aku bangkit dengan sokongan keluarga...dan Allah juga yang menentukan jodohku dengan lelaki bernama KamarulBahrim....
hahah...siapa sangka, jodohku ini...ditimbang sama berat...di sukat aku pendek sikit...Memang kalau orang pandang kami...orang akan kata..pasangan sepadan....hahahhahah. Inilah jodohku, jodoh yang dipadankan oleh keluarga....siapa kata bercinta lepas kahwin tak bahagia..???? Memang kami tak kenal sama sekali....cuma keluar bersama bila dia nak beli cincin kahwin.....dan beli kasut...dia takut tak muat.( kasut tu tak dapat aku pakai pun sebab lepas tu aku terus mengandung...)
Pada rakan-rakan yang menemui jodoh di ITM...berbahagialah....sesungguhnya itulah , takdir kita...Pada kawan-kawan yang pernah putus cinta.....sesungguhnya Allah maha Mengetahui segalaNya...Yang baik dari Allah...yang buruk datang dari manusia juga...AMIN

1 comment:

aTip said...

Love after married...Subhanallah...SUPERB!