Pages

Followers

Wednesday, June 17, 2009

Betapa cepat masa berlalu....


Betapa cepatnya masa berlalu..hari ini sudah bertarikh 17 jun 2009, ertinya dah separuh tahun 2009 berlalu... Hari ini saja dah masuk hari ketiga persekolahan untuk semester kedua sekolah tahun ini. Dua hari pertama di sekolah, aku sibuk dengan markah peperiksaan pertengahan tahun,...alhamdullillah semuanya dah selesai. Sebelum ada yang bising-bising kerja tak siap, lebih baik disegerakan kerja. Bila dah berusia ni...nak dengar teguran orang lain rasa macam duri di dalam telinga. Walaubagaimanapun, hari ini aku dapat tahu ada juga yang masih belum masukkan markah ke dalam komputer...
Tetapi alhamdullillah, perubahan masa berlalu bersama teknologi..memudahkan lagi kerja dan gerak. Kalau dulu, musim-musim kumpul markah ni, guru tingkatan la kesian...dah kumpul nak dicampur pula markah keseluruhan, kemudian diambil peratus .Barulah boleh ditentukan kedudukan pelajar. Sekarang dah mudah...masuk aje markah dalam komputer yang disediakan. Kerja lain semua diurus oleh jawatankuasa peperiksaan.....Namun masih ada lagi yang blur komputer..walaupun teknologi dah maju. ...hehehe nasib baik aku bukan dalam kelompok ini.
Semalam Shuhada , anak murid aku ( tingkatan 6 ) datang ke sekolah..dia datang bawa perkabaran yang menggembirakan. Dia mendapat tawaran ke Uitm shah alam...menyambung pengajian dalam ijazah senilukis dan senireka. Tempat aku menimba ilmu dulu. Aku memang mengharap dia dapat menyambung belajar, kerana aku tahu minatnya mendalam dalam bidang ni... Anak muridku yang lain, tak dengar berita. Lepas dapat je keputusan stpm terus membisu.
Semalam juga, Aziz datang bertanya mengenai Puspita, pelajar tingkatan 6 yang ambil Seni visual. Dialah satu-satu calun seni visual stpm tahun ni....Malangnya dia lah yang membuat hatiku menjadi onar.....Aku tahu dia memang ada potensi untuk berjaya dalam seni visual. Dengan kemampuan dan kebolehan yang dia ada aku yakin dia boleh mendapat sekurang-kurang gred B. Tetapi bagaimana nak berjaya kalau dia tak sekali datang menunjuk hasil kerjanya pada aku...puas ku sampai pesan melalui kawan-kawan yang masuk ke kelasnya. Tapi hingga ke hari ini...bayang mukanya pun tak nampak. Awal -awal dulu memang aku dah tolong memberi garispanduan apa yang perlu dibuat. Lepas tu dia langsung tak tunjuk muka......kawan-kawan bagi tahu.. dia juga selalu ponteng ke sekolah...alahai camni susah laaa
Aku bukan tak nak tolong.....awal-awal dulu aku memang mengejar dia...tapi lama kelamaan aku rasa apa yang aku buat tak berbaloi. Kalau ini sikapnya yang tak menunjukkan minat nak bersungguh. kenapa aku pula nak bersusah payah....Kerja-kerja seni bukan kerja mudah yang boleh dibuat saat akhir....sekarang dah hampir 4 bulan berlalu.. apa yang dia dah buat aku pun tak tahu. Sepatutnya sebelum cuti hari tu, datanglah berjumpa aku,...bolehlah aku tengok apa yang sepatutnya dia buat lagi.
Yang aku kesal, dia bukannya tak ada masa, free time dia boleh join lagi taman budaya dan terlibat dalam teatre..... alasannya dapat la dia duit saku. Dia memang suka meyebukkan diri dengan kerja-kerja lain. Kalau di sekolah ni, dia memang aktif. baca puisi dah jadi rutin dia tiap kali acara. Jadi pengacara pun dia juga....memang dia ada bakat. Menyanyi pun bolehlaa....dari tingkatan 2 aku kenal dia sampailah ke tingkatan 6. Yang aku paling simpati dia bukanlah dari keluarga berada....dan adakalanya dia terpaksa berkorban untuk menjaga adik-adiknya.
Tapi sayang....dia tak tahu mana satu yang lebih penting dan patut diutamakan....dengan aku dia dah buat macam musuh. Tegur aku pun dah tak nak...lantak ko laa....aku pernah nasihat dia, jangan ambil yang kecil dan ko lepaskan yang besar....lepas aku nasihat tu, dia menangis juga... tapi sayangnya egonya lagi besar.....pada cikgu-cikgu lain, dia kata dia cari aku tapi aku tak ada....hahah, besar manalah..sekolah ku ini. Dan aku pun bukan selalu keluar sekolah.....kalau pelajar-pelajar tingkatan 5 boleh cari aku kenapa dia tak boleh... Aduhai ...dia memang buat aku tension, nanti nak hantar kerja kursus aku juga yang mereka nak cari...kalau kerja tak siap nak hantar apa ???????????
Suami aku kata,,,jangan difikirkan sangat. Lantaklaa diaa...tapi sebagai guru dan naluri ibu yang ada dalam diriku, aku rasa tak senang....kalau dia anak aku macam mana.....Sampai bila dia nak tunjuk ego dengan aku...
Masa berlalu...tak lama lagi masuk bulan julai. Maksudnya, dah sampailah musim aku akan jadi sibuk dengan kerja kursus tingkatan 5.......Oh Tuhan, Kau permudahkan la urusan ku...Kau bukakan laah, pintu hati anak-anak muridku untuk menyiapkan kerja kursus mereka...kalau tidak lagi pening laa aku.....

No comments: