Pages

Followers

Monday, June 15, 2009

Persekolahan pun bermula semula....

Salam untuk semua...

Hari ini sekolah di buka semula...Aku pun macam budak-budak juga, terasa malas nak ke sekolah. Ditambah dengan kesihatan badan yang kurang memberangsangkan kebelakangan ini, aku jadi tidak teruja nak ke sekolah. Tapi alhamdullillah pagi ini aku bangun...dengan perasaan yang lebih sihat dari semalam....tahulah aku, aku tak ada pilihan kena juga ke sekolah....
Anak-anak tak buat masalah...jadi, 7.15 pagi aku dah sampai ke sekolah...kecik macam biasa, hilang tali leher. Aku pun kadang-kadang kebelakangan ni, cepat jadi pelupa. Mana aku simpan, aku lupa, kemudian aku sendiri tercari-cari....
Perhimpunan pagi, seperti biasa, bermula dengan lagu negaraku, lagu negeri Perak...dan diakhiri dengan bacaan ikrar...aku macam biasa duduk di baris depan. Kalau aku duduk di belakang,...aku tak dapat menikmati semua acara dengan selesa..Duduk di depan pun untungnya, tak payah nak berebut dengan sesiapa...ramai yang tak suka duduk di baris depan...lainlah kalau menanti giliran nak makan..hahhaha.
Majlis seterusnya...penyampaian hadiah untuk pemenang program nilam.....Kalaulah di zaman aku dulu ada program nilam ini..barangkali aku boleh menang setiap tahun, kerana minat aku membaca buku. Tapi yang menjadi persoalan aku, jumlah buku yang dibaca....ada yang sampai 400 lebih buah buku....( baru lima bulan, maksudnya baru lebih kurang 150 hari...) sehari berapabuah buku pelajar ni baca ????? Masa bila pula dia mengulangkaji...
Aku teringat semasa di sekolah rendah, aku memang suka membaca..semua buku kakak dan abang aku baca...Buku kakak biasanya novel sastera melayu. Tapi buku abang novel Inggeris...Waktu aku remaja, aku dah kenal Barbara Cartland, Harold Robbin, dan lain-lain aku tak ingat. Buku novel..The Lady..aku baca masa form two ( 14 tahun ) Penulisnya aku tak ingat...Terkejut guru kelas aku masa tu, bila dia tengok aku baca novel tebal mat salleh...al maklumlah...aku ni dalam kategori anak kampung... novel Love story 'Mills and Boon' jangan nak cakap....suka habis...padahal bahasa inggeris aku pun bukan bagus sangat...cuma bila aku suka aku tibai je baca.
Novel penulis Melayu yang aku ingat, Shahnon Ahmad, novel Ranjau sepanjang Jalan, Yahya Samah....( cikgu sekolah rendah sorok tak bagi baca...bila dewasa sikit aku cari buku-buku ni..hehheeh) Ada buku novel yang aku suka sekali jalan ceritanya...tapi sayang aku tak ingat siapa penulisnya....buku tu aku ulang baca berkali-kali kat libary sekolah masa tingkatan lima.
Membaca bagi aku,....mengasyikkan. Sebab tu masa darjah 6, dari no 1 aku jatuh no 3. gara-gara aku suka membaca buku cerita. Waktu cikgu mengajar, di depannya buku teks, tapi dicelahnya aku letak buku cerita....hehehe. Bila keputusan keluar, yang naik angin ...abahla...dia tahu perangai aku. Jadi penggal seterusnya dia tak bagi lagi aku baca buku cerita...
Balik pada perhimpunan pagi tadi , macam biasalah....ucapan pengetua. Pada aku ucapan pengetua ni ada peningkatan hehehe....dah boleh bagi kata motivasi. Mungkin sebab dah naik DG 52. Tapi paling best....nama aku naik dalam perhimpunan, sebab buat kelas tambahan, pelajar yang datang cuma 4 orang...kawan-kawan pandang aku dengan senyuman...

No comments: