Pages

Followers

Saturday, June 6, 2009

Masa yang berlalu..

Hari ni dah seminggu cuti sekolah berlalu... Ada benda yang aku plan menjadi, ada juga yang di plan tak menjadi...Walaubagaimanapun, alhamdullillah plan yang jumpa mak di kampung dah aku lakukan... dapat pulak bawak mak ke klinik. Tapi malangnya, sebaik sampai rumah lepas hantar mak ke klinik. kereta pulak rosak. Cuma syukurnya ia tak jadi di tengah lebuhraya....kalau tidak tak dapat bayangkan, tersadai tepi jalan, tunggu kereta tarik ke bengkel.
Plan nak balik hari tu tak jadi, sebaliknya aku call suami untuk turun membantu...heheh hikmahnya dia yang tak nak balik pun, tak pasal-pasal jumpa mak mentua, bapak mentua...So dipendekkan cerita, malam tu aku tidor di kampung laa.
Esuk awal pagi...suami dah ajak ke bandar Taiping. Lepas Sarapan terus mencari pomen. Sebelum tu sempat lagi aku singgah kat pasar...seronok tak kira bila jumpa ikan sembilang...dapat la aku buat kari ikan sembilang.Kalau balik kampung tak perkena gulai sembilang rasa macam tak lengkap. Dan satu lagi yang dah kira top kat kampung aku ialah Mee Udang...boleh dikatakan sepanjang jalan ke rumah mak ada gerai Mee udang. Semua ni gara-gara masuk TV3...padahal selama ni aku yang dibesarkan di kampung ni pun tak pernah rasa mee udang....Siapa yang tak pernah rasa mee udang..??? Ala mee ni....selak udang baru jumpa mee...tapi sesiapa yang ada resdung dinasihatkan makan ubat, kalau tidak hidung gatal-gatal....ehehe . Harganya boleh tahan juga..sepinggan rm 6 ke rm10 bergantung kepada permintaan kita. Kalau udang besar lagi mahal laa...Yang mengejutkan aku...pelanggannya dari luar bandar Taiping. Kira hebatla...sebelum ni kampung aku terkenal dengan peninggalan sejarah..
Berbalik kisah kereta aku tadi...selepas pomen datang, nampaknya kenalah kereta tu tidor di bengkel dua tiga hari...alamak, terbanglah duit lagi jawabnya. Tengahari tu kami tergesa-gesa balik ke ipoh sebab suami kena duty pukul 3.00 petang...On the way baru aku teringat, kunci bilik aku di sekolah, ada dalam kereta...alahai, terbengkalailah kerja nak semak kertas exam budak...
Hari rabu aku ada appoiment kat hospital...kerana appoiment ni aku buat 3 bulan dulu, aku tak nak miss. Mahu tak mahu, kenalah aku naik motor kapcai tua yang ada....Dengan berat badan 114kg..aku rasa macam kera sarkas je naik motor. Tapi apa nak buat...aku bukan tak biasa naik motor, cuma dah lama tak naik. ..sejak anak-anak dah besar, aku pun dah berumor, aku rasa kian gayat naik motor. Motor ni dah banyak di upgrade dek Hakim..anak nombor dua aku...dulu dia rajin modified basikal...sekarang motor pulak...
Kerana sistem yang berkesan, aku rasa tak tunggu lama sangat jumpa doktor. Itupun sempat laa habis dua suratkabar aku baca... tapi kenangan masa menunggu giliran semasa mengandung dulu lagi dasyat...dari pukul 8 pagi kadang-kadang sampai pukul 2.00 petang...kalau baca novel boleh habis satu buku..kalau mengait boleh siap satu topi...jemunya Tuhan je yang tahu. Kebanyakkan ibu mengandung memang nak mengelak bab ini..sebab tu lebih ramai memilih untuk jumpa doktor swasta.
Berbalik kepada kisah aku jumpa doktor...sebenarnya aku sendiri tak tahu tahap bahayanya..kerana tak sakit dan tak menggangu apa-apa..cuma bonjolan dalam perut aku doktor bagi pilihan samada nak dibedah atau tidak..kalau buat pembedahan..bukan minor operation...kerana ia sejenis hernia usus..Kerana aku dah biasa melalui pembedahan...sebut pembedahan tidak la aku takut sangat..tapi kalau tak memudaratkan aku...buat apa nak dibedah...pada doktor aku cakap nak fikir dulu...so 3 bulan ada appoinment sekali lagi dengan doktor.
Balik dari hospital...sempat pulak lepak kat GM...dengan motor kapcai., bukan susah nak parking. hehhee...
oklah...sampai sini dulu...nanti sambung lagi,,,

No comments: