Pages

Followers

Monday, June 8, 2009

Kelas tambahan..cikgu datang murid tak datang..alahai...

Salam...
Untuk sekian kalinya..aku buat kelas tambahan lagi. Bukan kerana aku saja-saja rajin, tapi kerana aku tahu kalau aku tak buat kelas tambahan, pelajar aku dari 5K dan yang ambil luar jadual waktu mesti tak buat kerja yang aku suruh...kalau nak harapkan waktu sekolah memang tak akan cukup.... Malangnya nak suruh budak dari kelas 5K datang kelas tambahan bukanlah satu perkara yang mudah.....
Hari ini aku sampai sekolah pukul 8.40 pagi ....punya nak cepat kain pun aku tak sidai. Tapi apa yang aku dapat...sampai sekolah, tak sorang pelajar aku yang ada. Dah tunggu lebih kurang 20 minit...ada pelajar talipon tanya pasal kelas tambahan... dan setengah jam kemudian muncul lah dua orang pelajar....aku pun redhalaa....apa nak buat...
Dua orang pun tak pe lah dari tak ada langsung....aku check kerja mereka...Ada tapi tak lengkap. Aku ingat hari ni nak mulakan buat artifak ( kerjakursus)...malangnya ulangan motif yang aku suruh buat pun tak siap lagi.......selang tak berapa lama dua orang pelajar sampai lagi ( yang talifon tadi ) oklah...dah ada 4 orang. Pun sama juga ...yang ku harap corak ulangan mereka dah siap...rupanya separuh jalan juga...alahai...kantoilah aku nampaknya...
Hampir pukul 10 pagi muncul sorang lagi...menjadikan 5 orang...dari 30 orang calun Pendidikan Sen i visual aku tahun ni,....mungkin kerana aku dah telan panadol awal pagi..aku rasa cool je...tak rasa marah pun....
Sebenarnya inilah realiti yang harus aku hadapi...jadi cikgu yang bagus bukan bererti hanya kepada pelajar yang bagus...aku dah mengajar hampir 19 tahun dan membuat kerja kursus dengan pelajar kelas hujung ni dah hampir 10 tahun ....sebelum diwajibkan kepada calun PSV dulu pun aku dah buat kerja kursus seni...Dah ramai juga yang berjaya aku ajar...ada juga yang dah jadi pelukis macam aku...yang jadi cikgu pun ada...yang jadi insan berguna pun ramai...Hazrat ex student aku ada diploma art n design..hari ni dah jadi inspektor pejara...Arif dah jadi detaktif polis..baru ni jumpa jaafar, kerja atas kapal...dan kebelakangan ni aku jumpa ramai juga ex student...najwa, farohah, saadah ( selamat pengantin baru)..dan mengujakan bila terima call dari Suhana..anak murid kesayangan aku.( nak kawin juga hujung tahun ni)....
Sebenarnya aku gembira jadi guru...lebih-lebih gembira bila anak murid aku berjaya. Aina Shahira cthnya tahun ni dapat masuk Uitm..dekat Besut Terengganu. Tahun Lepas anak kawan-kawan aku, Farah Elly dan shasha..anak Rashidah ( bekas GK Sains) dan Pn Sabariah Wan CiK ( PK 1) masuk Uitm Melaka...2005 , 2006 aku cuti belajar...tapi 2004 ..4 orang pelajar masuk Uitm...
Ramai pelajar yang ingat kat aku..kerana mereka kata aku akan kejar mereka kalau kerja tak siap...hehehheh. Dan mulut aku bising kalau aku naik angin...budak-budak kata tak payah guna mikrophon pun..kalau aku berceramah...heheh
Sebenarnya kalau kerja mereka tak siap, aku lah orang yang paling tension...pelajar-pelajar generasi sekarang ni terutama dari kelas 5K kebanyakkannya jenis tak kisah.Lulus tak lulus pun tak kisah...pada mereka tak buat kerja kursus pun dunia tak kiamat lagi...hehhe
Kalau tak pandai tak pe...ini yang jenis malas nak buat , tu yang aku lemah sangat...nak siapkan satu lakaran seminggu pun susah... Suruh cari gambar binatang pun tak tahu.. nak keluarkan idea sendiri pun macam minta intan belian.......
Aku sendiri pun tak tahu mereka ni sebenarnya nak jadi apa...sebab kebanyakkan mereka ni tak ada matlamat dalam hidup.....jangankan subjek seni yang aku ajar...sastera pun tak boleh buat ( sebab kena baca novel )...perdagangan, dan yang lain..apa tah lagi...Matematik asyik kantoi..Kadang-kadang aku rasa nak mengadap menteri pelajaran...nak suggest sesuatu pada tok menteri supaya budak=budak ni boleh dibantu...sebab aku tahu kalau diletak disekolah juga memang gelaplah masa depan mereka. Kalau mereka berjaya pun bukan kerana usaha mereka tapi usaha yang dibantu 100 peratus oleh guru.....
Tapi siapa lah aku....aku sendiri setelah 19 th mengajar baru diberi Anugerah Khidmat Cemerlang.....dan masih dalam gred DG41.....walaupun dah ada Ijazah Sarjana Pendidikan Seni . Inilah realiti sebenarnya......
Berbalik dengan kelas tambahan aku....esuk aku akan ke sekolah lagi ...nak buat kotak serbaguna dengan pelajar....lantakla..yang tak datang....kalau diingat jiwa lagi sakit....janji aku dapat tolong pelajar yang nak belajar..dan yang nak berjaya.
Apa-apa pun aku berpegang dengan prinsip ku.....Hari ini aku tolong anak orang...esuk-esuk orang lain pulak tolong anak-anak aku.....sebab aku bukan boleh jadi guru dalam semua subjek...dan apa-apa pun biar Allah redha dengan apa yang aku lakukan..biar usaha kecil yang ikhlas ...dari usaha yang besar sekadar nak nama....
ok..bye

No comments: