Pages

Followers

Friday, June 5, 2009

Aku ada pengikut...

Masyaallah...
baru hari ni aku perasan, aku ada follower...thank to wawajusuh..kerana berminat nak membaca blog saya. Barangkali....beginila permulaan untuk jadi penulis...sekadar suka-suka tapi dalam suka-suka ada yang berminat nak membaca..Padanla ada pepatah berkata...langkah permulaan itu penting..kalau tak melangkah kita tak mungkin memulakan apa-apa dalam hidup kita. Melangkah bererti kita dah bergerak kepada satu titik ke satu titik yang lain...
Sebenarnya aku dah mula menulis zaman aku remaja lagi...aku menulis dalam satu ruangan di akhbar. Malangnya, akbar tu aku tak beli...tapi aku dapat tahu bila seorang rakan lama menulis surat kepada ku kerana menemui alamat ku dalam akhbar berkenaan. Lepas tu..aku mula rajin menulis sajak...malangnya aku ni bukan jenis menyimpan koleksi-koleksi sajak aku...entah mana aku simpan. Barangkali ada dekat rumah emak di kampung..Kemudian aku belajar menulis cerpen..adala kot 4 ke 5 cerpen keluar majalah...Malangnya aku bukan penulis yang konsisten...
Waktu sambung belajar diploma pendidikan hampir 20 tahun dulu...aku menulis dalam majallah IBU...kebetulan tuanpunya majallah tu kakak aku sendiri. Tapi kak long siarkan artikle aku bukan kerana aku adik dia..tapi dia kata aku ada bakat...lepas tu aku tak menulis hinggala satu ketika Jabatan pendidikan Perak menganjurkan pertandingan sayembara sempena hari guru. Kalau tak silap tahun 97, 98 dan 2000...aku dapat hadiah saguhati untuk cerpen dan sajak yang aku hantar. Tapi paling best tahun 2000, aku buat lirik lagu, pertama kali...dapat menang hadiah ( pertandingan sayembara puisi dan lagu )..budak2 tu dapatla pergi ke Sabah untuk peringkat kebangsaan. ..wakil negeri Perak.
Tapi tula...mungkin takdir nya aku ni jadi cikgu je...aku tak pernah serius menulis. kalau serius barangkali aku dah jadi penulis novel hari ni..heheh. Cerita pasal novel ni..alahai sedih la. Sebab aku pernah ada pengalaman menulis novel...baru nak masuk bab 3 , komputer buat hal..masa tu tak pandai nak backup apa-apa...hanguslaa...novel 3 bab jadi sejarah....
Walaupun apa-apa satu hari aku nak cuba juga menulis novel...minat membaca novel dah ada balik...cuma tak leh layan selalu..tak jadi kerja lain, bila gila membaca.
Okla..nak caw dulu...bye wasalam

No comments: