Pages

Followers

Saturday, November 12, 2011

MAJLIS RESTU PELAJAR SPM DAN STPM

     Masa berjalan begitu pantas... tidak begitu.? Baru saja masuk tahun 2011... rupanya sekejap sahaja dah sampai penghujung. Bagi kami guru-guru, paling ketara terasa bila sampai ke detik-detik akhir pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM.... Isnin ini peperiksaan SPM akan bermula.....
 Macam tahun-tahun yang lalu.. bila sampai detik terakhir begini, kami adakan majlis memohon restu guru-guru.... Memohon kemaafan pada guru-guru dan guru-guru meredhai apa yang telah diajar...
 Bila tiba saat begini...  semua pelajar menjadi sama, samada kita ajar atau tidak... kenal atau tidak, semua memohon kemaafan...
 Berpelukan begini menjadi suasana lebih bererti....
 Tak kira apa jua warna kulit, agama atau bangsa....
 semua menjadi sama dalam majlis begini..... Indah bukan....
 Paling tak tahan, bila ada pelajar yang mengalirkan air mata...  tak sedar airmata kita sendiri pun mengalir sama...

Suasana begini tidak berlaku selalu... cuma setahun sekali...
dan menjadi lebih bererti kerana saling meredhai dan mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak didik yang dikasihi...
Semoga mereka berjaya di dalam peperiksaan..
dan menjadi insan yang berguna..

No comments: