Aku baru balik... baru balik ambil duit RM100 milik si Hakim. Awal pagi aku datang ke sekolah masih belum boleh ambil... masih dalam pengurusan. Bila time nak ambil.... kereta dah berderet.....
Kesian cikgu-cikgu yang jadi guru kelas.... kalau 40 orang pelajar.. kena tunggu 40 orang penjaga atau ibubapa... pelajar sendiri tak boleh ambil. Dah tu ada yang menepati masa yang ditetapkan.. dan ada juga yang tidak. Yang jadi pentadbir jangan nak kata... memang tak rehat.... kesian mereka.
Hari ini aku diamanahkan untuk ambil check dekat institut Darul Ridzuan.... duit untuk pertandingan melukis sabtu ni. Hari tu dah ambil satu check... mereka bagi separuh. Terpaksa minta lagi kerana melibatkan pembelian barang dan hadiah wang tunai.. Semua ni, kerja NGO aku.... dengan Persatuan Pelukis dan Pencinta seniluki Negeri Perak atau ringkasnya PELUKIS... Yang aku kesal, aku call nak ambil check dari pagi... dekat tengahari baru dapat... nasib aku call dulu. kalau terus pergi, alamat melopong laa aku.. Kemudian kelam kabut pula pergi bank ini. Kalau lambat takut tak boleh keluarkan duit pada hari Jumaat.....
Yang kelakarnya.... aku bank in check dekat rm 7,000. tapi bawa balik cuma rm 100.... heheh itulah sebenarnya rezeki aku.... itu pun belum janjinya rezeki aku. sebab Hakim dah merengek nak duit tu... nak beli barang dia....
No comments:
Post a Comment