Diam tak diam, dah sampai penghujung sessi persekolahan tahun 2011...
Dan biasanya, hujung penggal begini mulalah sibuk dengan jamuan akhir tahun...Beberapa minggu dulu, diadakan jamuan untuk guru.... sebelum ni aku dengar juga jamuan untuk tingkatan 6.
Kerana aku adalah Guru Penyelaras Pusat Sumber... jadi jamuan ini jadi penting pada aku....
Pihak pentadbir yang dapat hadir cuma Cik Latizah sahaja... Guru P Kanan Ko KO....
dia pun tak dapat lama... sebab sebelah malam pula kena hadiri satu lagi jamuan untuk pelajar asrama...
Pengetua tak hadir kerana ada urusan keluarga.
Pengetua tak hadir kerana ada urusan keluarga.
Guru Pusat sumber pun hanya seorang yang dapat datang..
Walaubagaimana pun, alhamdullillah.. majlis ini dapat berjalan lancar, walaupun sebelum ini ada juga kekecohan... tapi di saat akhir dapat dibereskan. Tahniah juga pada pengawas-pengawas baru yang diberi tanggungjawab mengurus majlis ini kerana telah berjaya melaksanakannya..
Lepas ini... si Kacak, Ketua PSS ini mungkin boleh memberi tumpuan kepada peperiksaan STPMnya...
Terima Kasih juga pada dia yang banyak membantu aku mengurus pengawas PSS walaupun kadang-kadang agak kurang disenangi oleh pelajar lain....
Kelvin... Timbalan Ketua.. meluahkan perasaannya sampai berlenang air mata... aku pun terharu juga. Sebab dia memang ikhlas.... dan aku akui aku senang bekerja dengan dia...
Kelemahan aku yang paling ketara ialah mengingati nama pengawas aku sendiri....
Walau dah beberapa kali diberitahu, aku masih lupa nama Tim Ketua II PSS aku ni... tapi karektornya yang banyak tersenyum tu.. memang menyenangkan hati. Petang tu, aku perasan dia nampak sedih dan tak banyak cakap....sayu je wajah dia... Dia pun antara pelajar yang rajin dan komited....
Persembahan pelajar... walaupun nampak kaku dan malu, tapi mereka sporting..
Salah satu permainan pada petang itu... meneka, apa perasa yang diminum..... |
Bergambar dengan dua bakal pemimpin Pusat Sumber untuk sessi tahun depan...
Dalam majlis ini, baru aku nampak mereka agak manja dengan aku.... hehehe... sebenarnya di sekolah, mereka agak malu-malu....Cuma yang aku kurang puas hati ialah kameraman yang ambil gambar-gambar menggunakan kamera aku ni...memang tak pandai langsung... Banyak yang aku kena delete.... Benda canggih pun kalau diberi pada salah orang, memang tak memberi hasil....
2 comments:
Bila sudah meninggalkan alam persekolahan nanti, pastinya mereka akan terkenang2. :)
yer kak cik... masa ni ada juga yang tak hargai saat manis alam persekolahan...
Post a Comment