Hari ini seharian aku jadi driver kepada My Suami.... sejak kakinya sakit, aku lah yang jadi pemandu, Walaupun kaki aku pun sebenarnya sakit... tapi aku rasa aku lebih ok dari dia.
Hari ini distinasi kami ke Kampung Bota... ambil mak mertua dan kemudian ke Seri Iskandar.. ke Pejabat Tanah.. tujuan utama adalah untuk menukar nama hakmilik tanah arwah bapak mertua kepada kesemua adik-beradik sebelah suami.... Terus terang aku katakan.. aku tak ambil tahu tentang pembahagian tanah pusaka tersebut. Tak minat pun nak ambil tahu... sebab soal tanah pusaka ni, silap hari bulan boleh bergaduh adik beradik... tambah pula aku ni cuma menantu sahaja...
Yang aku tahu, ada beberapa tanah bendang dan tanah dusun... tapi bukanlaa luas sangat... Tanah bendang, yang aku tahu dah diupah pada orang lain untuk dikerjakan. Tanah kampung .. berkongsi pulak dengan adik beradik sepupu belah suami.. dah menjadi saiznya lagi kecil.... Dusun durian pun, cukup untuk anak cucu je nak makan.....
Tapi yang aku tahu, dah beberapa kali meeting keluarga yang dah dibuat... tapi yang paling susah, bila bab ada perkongsian dengan sepupu ( ayah mereka pun dah tiada )... Panggil balik kampung pun tak mahu... tu satu hal.. bila cakap mereka nak urus tapi tak buat-buat.
Aku tak tahu detail pasal macamana My suami uruskan... tapi alhamdullillah.. untuk peringkat ni dah selesai. Tunggu lagi 6 bulan, akan dipanggil bicara kuasa.... ...
Waaa... harta sikit pun susah,.. kalau banyak macamana pulak yer.... Kalau tak berharta pun susah juga.... Tapi aku selalu cakap kat My suami... kalau ada harta tak diusahakan pun tak guna juga... ada tanah tinggal hutan... ada kebun jadi tempat babi hutan.... time nampak hasil semua nak berebut...hehehhe....
6 comments:
sepatutnya tengah hidup ni kita dah bahagi2kan buat anak2... supaya tidak jadi begitu ..
setuju dengan a kl citizen
teringat kat amanahraya
A kl citizen... sepatutnya memang macam tu... tapi yerlah..apa yang kita fikir tak sama dengan apa yang orang lain fikir, terutama Mak mertua...
Gedek..
saya pun pernah cakap kat suami tentang Amanah raya... tapi apa-apa pun kena ikut cakap Mak...
uda,
setuju bebeno,. elok nye toksah tinggal reta, wat gadoh adik beradik je.
:-)
semua suami cepat sembuh, kak
salam kenalan akak..singgah dari blog lulu :)
Post a Comment