Pages

Followers

Monday, June 6, 2011

Kilang Arang Kuala Sepetang,

 Walaupun aku di besarkan di Matang, hanya beberapa kilometer sahaja dari Kuala Sepetang... tapi terus-terang aku katakan, aku sendiri tak pernah melawat ke kilang arang ini....... Hanya selama ini mendengar dari mulut orang atau mengambil cerita dari pembacaan akhbar dan majallah..... teruk aku kan....!!!!
 Mula-mula aku confius juga dengan kayu getah ini.... kata kilang kayu bakau... tapi rupanya itulah pasal kena juga datang tengok ke kilang ini sendiri... Rupanya kayu getah ini cuma bahan bakar sahaja...
 Kayu-kayu bakau yang cukup usia ditebang dan dibawa ke sini untuk proses membakar.
 Mengikut pegawai perhutanan yang mengiringi kami ke sini.... Kayu bakau ini sebenarnya bukan dibakar.. tapi dimasak... selama 30 hari....10 hari api besar, 10 hari api kecil dan 10 hari lagi penyejukan......
 Yang macam kubah di belakang tu, dinamakan tanur... di situlah kayu bakau ini di bakar menjadi arang... dan kemudian bila telah siap di kumpulkan . ( dalam guni )

 Kebanyakkan proses menghasilkan arang ini, menggunakan tenaga manusia. Inilah peluang pekerjaan utama di Kuala Sepetang. Bermula dari proses menebang, mengangkutnya ke kilang... membuang kulit luar kayu bakau ( dilakukan oleh orang perempuan ) hinggalah di masukkan ke lori.... semuanya menggunakan kederat manusia.....
 Kami datang waktu petang... jadi tak berpeluang bertemu pekerja perempuan... Tapi melihat pekerja-pekerja ini mengangkat dan memunggah kayu-kayu bakau ini, membuat hati rasa insaf.... selama ini kita mengeluh dengan pekerjaan yang kita lakukan... sedangkan pekerjaan mereka ini jauh lebih berat dan menggunakan kederat yang banyak...... Bayangkanlaa.. nak punggah semua kayu bakau tu... Jadi guru hanya angkat pen sahaja... jadi pelukis cuma angkat berus........aduhhh... jauh bezanya... cuma barangkali... mereka ini bila balik, tak perlu fikir... kerja kursus dah siap ke belum, markah budak tak naik nak buat camana...... budak tak buat latihan.... alahaiiii.....
Si bapa menjadi mentor....mengajar anak betapa payahnya mencari rezeki, di bumi Allah....... Biar dia tahu susah nak cari duit.... kata si bapa...... hahah... nanti dia rasa susah, muda lagi dah lari ke bandar... nak cari kerja lebih senang....yer kee...?????

No comments: