Minggu ini dah mula sekolah balik... dah habis cuti..... ertinya dah mulalah bertandang kerja-kerja yang tak pernah selesai.... Mula hari Isnin dah terasa sibuk., awal pagi dah mula key in markah peperiksaan..( sebelum dikejar oleh SU peperiksaan...dah tua-tua ni malu, kalau dikejar guru muda ..) baru untuk sekolah... key in untuk PPD secara online belum lagi.. Dua tiga kali buka web.. masih hanging, akhirnya fed up..Malam tadi baru dapat buat... itu pun tengah malam, pukul 12 lebih.
Petang semalam pulak, dah mula Pra sukan..... Entah siapa punya idea, sukan dibuat bulan June. Sikit punya haru ke... ( semua sekolah di Ipoh bukan sekolah kami sahaja ) Masalahnya,... inilah masa, guru-guru nak pulun kejar pelajar buat kerja kursus... nak siapkan soalan lagi untuk ujian Julai... Persiapan peperiksaan percubaan PMR bulan ogas... dah tentu, pelajar-pelajar akan lesu dalam kelas, kerana letih dengan latihan sukan, latihan kawad... dan macam-macam persiapan sukan......
Hari ni pula... petang... Kena menghadiri mesyuarat kat PKG ( Pusat Kegiatan guru )... Besuk sekali lagi... bertugas untuk pra sukan.... Mak oooii... tak ada peluang nak tidor petang minggu ni......
Tapi sebenarnya yang lebih meletihkan.... hari ni sempat pergi menimbang badan... rupanya berat badan naik lagi...... aduhaiiiiiiiiiiiiiiii..............Yang tak tahan tu... lagi banyak kerja, lagilaa perut ini minta untuk diisi..... masa tulaa rasa pedih hati laa...pedih perut laaa... dok teringat nasi goreng ikan rebus.....hehehehe...
Alahai... itu malangnya aku, metabolisma badan lemah... orang lain makan nasi tak gemok... aku makan sama je.. menjadi timbuanan lemak...
6 comments:
Baju kakcik sekarang semua ketat kat perut dan punggung! :(
Kalau asyik pakai jubah longgar, tak sedar pulak badan semakin mengembang....
yelah kak cik... baju saya yang buat tahun sudah pun dah mula ketat...
apa idea yer.. selain tak makan ..nak hilangkan lemak-lemak ni..
SALAM,
SELAMAT KEMBALI BERTUGAS. TANGGUNGJAWAB GURU TU AMAT MULIA !
Salam CIKGU,
bila tengok anak2 kembali ke sekolah pun dah penat dgn banyak xtvt, saya tak leh bayang cemana para guru nak handle semua ni.
Kalu saya, memang surrender!
Ayam Kampung untuk Orang Kampung? (macam aku)
moh kita mula berdiet semula kak
Ros!
Luah fikiran..
semua pekerjaan yang halal mulia.. cuma cabarannya berbeza.. cabaran guru nak mendidik anak orang menjadi orang...
Azieazah..
memang betul pun.. saya akui.. nak membesarkan anak empat orang pun jenuh.. nak suruh itu ini pun susah...apatah lagi nak ajar anak orang... tambahan budk sekarang.. degilnya lain macam
Fa Atip..
masalahnya... berdiet tak consistan... orang diet bertambah kurus... ini diet bertambah naik.... huwwwwww.aaaaaaaaaa.....
Post a Comment