Pages

Followers

Tuesday, June 14, 2011

Sesekali berpuisi..

    Pagi itu aku di homestay, hendak sarapan pagi... tiba-tiba datang ilham untuk bersajak.. Dah lama juga tak menulis sajak....Mungkin kebetulan, hari tu aku berkenalan dengan Dr Siti Zainon.. jadi mood itu datang semula..

Melakar Rindu

Ku lakarkan rindu..
pada Kuala Sepetang
bagai perantau yang pulang
mencari kenangan silam.

Melepaskan rindu dendam
pada deru angin yang sayu
bertingkah berlagu dengan suara enjin
bot-bot nelayan yang pulang
membawa hasil penat seharian
demi rezeki anak-anak yang menanti
di jeti pelabuhan.

Rindu pada bakau yang menggamit datang
pada bangau yang terbang
pada burung-burung yang singgah mencari daratan.
Pada belacak yang tabah
menempuh cabaran dua alam
demi meneruskan kehidupan.

Aku rindu
pada sejarah yang hilang
pada saat kegemilangan
pelabuhan kecil yang menjadi kebanggaan.
mengeluarkan kazanah harta peribumi
menjadikan bangsaku megah
di peradapan dunia.

Ku lakarkan rinduku dengan berus keinsafan,
di dada kanvas kenangan yang tak pernah hilang
bagai seorang pelukis yang melukis garis-garis kecil
 bercantum menjadi jalinan-jalinan indah berseni
menjadi catan agung di mata manusia.

Kuala Sepetang 23hb Mei 2011

5 comments:

a kl citizen said...

bijak juga bersajak ya... ada bakat

kakcik said...

Cantik susunan bahasanya. :)

gedek! said...

multi talented!

KuNanGKuNanG said...

pandai akak bersajak.kalau sy meti dah jd rojak ni.he3

roslaini saad said...

Terima kasih semua yang bagi komen...

Hehehe...apa yang cakap yer..
minat tu memang ada..tapi tak ada kesungguhan...tu masalahnya...