Kebelakangan ni... kebanyakkan guru-guru sibuk... Bermula dari menyediakan kertas soalan, dan sekarang dah minggu exam...ertinya dah mula menanda jawapan.....( menyemak jawapan...)... dan bagi cikgu PBS ( penilaian Berasaskan Sekolah ) macam aku... dalam budak exam, tetap mengejar mereka buat kerja kursus yang tinggal tempoh sebulan saja lagi...
Tetapi yang lebih parah.... di Perak khususnya di Kinta Utara.... bahang kesibukan mula terasa kerana persiapan untuk menghadapi MSSM kali ke 53 yang akan berlangsung 20 - 24 hb Mei.. dah bermula..... Semalam budak-budak dah mula turun ke stadium untuk raptai membawa tanglung Satu Malaysia...( acara kononnya untuk pecah rekod Malaysia... waallahualam...!!) Satu sekolah membawa 80 orang pelajar yang akan membawa tanglung berangka SATU.. Dan semalam, mereka mula melatih formasi pergerakkan untuk persembahan....
Untuk tugasan ini.... alhamdullillah...... nama aku tidak disenaraikan...hehhehehehh..... baik dari mula buat tanglung...sampailah ke hari acara kemuncak.......Happy ...tentulah happy.....
Aku bukan lagi guru muda, yang nak mengejar pengalaman lagi.... semua ni dah aku tempoh dulu... cuma mungkin acaranya berbeza..... Yang ramai terlibat tentunya, guru-guru yang aktif sukan, ko kurikulum,. guru-guru PJK, dan majoriti guru-guru muda..... ...baguslah begitu. Buat apa bagi kat cikgu yang dah sakit lutut.....
Cuma lepas ni aku tak pasti, sebab difahamkan dalam taklimat guru tadi ( contak time laa tu....) kami diberitahu ada lagi satu acara peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Perak... Kalau tak salah aku...
Pelancaran... Satu Murid ...Satu Sukan....( dalam bulan Julai ) sebab khabarnya... semua guru kena turun ke stadium...dan kena bertugas...
Setakat ni... apa-apa pun.... rasa nak ucap terima kasih kat Para Pentadbir sekolah aku.... kerana memahami..... tak bagi aku sebarang tugas.... akhir-akhir ni.... boleh aku beri perhatian pada kerja sedia ada ... yang tak pernah habis....
3 comments:
jangan mintak kerja habis...!
penat yg berbaloi...:)
mmg penat, tapi berbaloi jika dihargai. cukuplah penghargaan dari isteri dan anak2 :)
Post a Comment