Pages

Followers

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru...

     Sambutan Hari Guru tahun ini agak mengejutkan bagi saya....
Kerana saya menjangkakan ianya akan disambut pada akhir persekolahan semester ini...
Apatah lagi, para pelajar sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Setahu saya, hanya sekadar membaca teks ucapan Hari Guru dari Menteri Pelajaran, dan Ketua Pengarah seperti biasanya.. rupanya arahan dikeluarkan pada hari Jumaat untuk meraikan Hari Guru pada Hari Isnin....
 Awal pagi sebelum perhimpunan, guru-guru diminta berbaris di hadapan bilik guru... rupanya kami bakal diarak dengan kompang ke dataran perhimpunan.... Tapi malangnya, tidak semua guru ada kerana sambutan kali ini berasingan antara guru-guru pagi dan guru-guru petang... Apa nak kata, itulah arahan dari pihak atasan...
 Seperti biasa, sambutan bermula dengan membaca teks-teks ucapan......Bila dah berusia, tak banyak yang menangkap dalam ingatan aku, isi ucapan... tapi dah tentulah ada kaitan dengan tema Hari Guru...
Ucapan dari pengetua tentunya tidak ketinggalan...
 Kemudian, bermulalah persembahan pelajar....
 Kumpulan pelajar ini harus dipuji, kerana walaupun tengah musim peperiksaan, tapi masih sempat meluang masa berlatih untuk persembahan.... dan hasilnya tidak mengecewakan..
 Pasukan Puteri Islam, yang menjadi johan dalan satu pertandingan baru-baru ini turut memberi persembahan... walaupun kawasannya agak terhad... tapi persembahan mereka harus di puji.
Kumpulan Puisi dan Lagu sekolah... turut memberi persembahan... Diakui,,mereka memang berbakat besar jika diasuh lagi pasti boleh berjaya..
 Yang seronoknya di Raja Chulan, kerana adanya guru-guru yang sporting....
Cikgu Linda walaupun mula-mulanya tak mahu, tapi bila dipujuk akhirnya setuju, menyanyi bersama Cikgu Isma Hisham....(cikgu Muzik )  mendendangkan lagu  duet, Sohaimi Mior Hassan dan Ana Rafali...

 Cikgu Suhaila dan Cikgu Farizah... dengan hadiah yang diterima dari pengawas sekolah....

 Cikgu Harire mendeklemasikan sajak hasil nukilan beliau sendiri...sambil diiring petikan gitar oleh cikgu Isma Hisham.
 Cikgu Soleh, walaupun masih baru di Raja Chulan, tampil mendeklamasikan sajak Dato Usman Awang..
khas untuk semua guru..

 Acara terakhir... memotong kek untuk guru-guru...
dan hari ini, bila menulis entry ini barulah disedari, kek ini sumbangan dari Puan Pengetua sendiri...

SELAMAT HARI GURU.. untuk semua  yang bergelar pendidik...

2 comments:

al-lavendari said...

selamat hari guru .. dua anak saya masih lagi bersekolah. seorang tahun 4 dan seorang lagi tingkatan 1.

Saya kopipes seloka dalam entri saya sempena hari guru tempoh hari:

Cikgu !

Di sini saya ingin mengadu dan berkisah,
Cikgu pun tahu kan, masyarakat kita semakin parah,
Parti politik yang ada banyak yang memecah belah,
Yang tua banyak mengajar benda-benda yang tak semenggah,
Yang pemuda banyak yang terjerat dengan gejala dadah,
Yang pemudi pula entah mengapa bangga dan suka mendedah,
Di bahu cikgu tugas berat kami menyerah,
Mendidik anak bermula dari sekolah rendah,
Menyediakan pemimpin mentadbir negara yang bakal di serah,
Nampaknya tugas cikgu bertambah berat dan tak akan sudah,
Semoga cikgu tidak bersemangat lemah dan sebaliknya terus gagah,
Kerana kepada cikgu-cikgulah kami berharap selain Allah.
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU DARI AL-LAVENDARI @ HAMZAH !

Lee said...

Hi Roslaini, happy teacher's day to you. I enjoyed looking at the pics here.
Teachers having fun.
Best regards.
Lee.