Pages

Followers

Tuesday, May 24, 2011

Melakar rindu di Kuala Sepetang...

     Barangkali ada yang perasan...( kalau adalah...) sudah beberapa hari, aku tinggalkan blog aku sepi tanpa entry baru....  Sebenarnya bukan saja blog, malah hampir 3 hari aku tak buka internet.....( yahooo...satu kejayaan tu....!!!) semuanya gara-gara mahu melarikan diri dari kesibukan sekolah dan keserabutan mengurus rumah...ke daerah yang tak asing dengan aku...KUALA SEPETANG...lebih kurang 5 kilometer dari Matang, Kampung kelahiran aku.....
          Ambil cuti rehat sehari, ( sebenarnya dapat MC lagi...) tinggal anak-anak dan suami... aku berkampung di sini selama dua malam..( homestay dekat Simpang ) hasrat mulanya nak tidor di rumah emak, tak kesampaian. Sebab aku tak bawa kereta....aku menumpang Hamidon dan isteri dari Ipoh. cuma dapat singgah sekejap pada hari aku sampai, dan sebelum aku balik.
 Tiga hari aku turut sama menjayakan program Melakar Seni di Kuala Sepetang.....ada program ziarah, melakar, naik bot ke Kuala sungai, diskusi, sembang santai, dan hari akhir , ada mesyuarat agong I - persatuan Pelukis dan Pecinta Seni Negeri Perak..  Turut sama menyertai program ini ialah Prof Dr Siti Zainon Ismail, yang dalam siri kembara sinaran Utaranya... Dalam tiga hari, dapatlah makan minum berkongsi bilik mandi dengan beliau, di samping menumpang mengutip ilmu beliau..
   Tokoh Pengarca negera.... Raja Shariman, ( berbaju melayu ) turut sama cuma semasa mesyuarat agong..... tapi bagi orang-orang macam aku dan geng-geng pelukis, kehadiran beliau macam mengapikan semangat untuk teruskan perjuang . Sekurang-kurangnya ada orang yang HEBAT dalam kelompok persatuan kami....Datok Mahsun ( Mantan Timbalan SUK Perak - dah pencen ).. selalu komited dengan aktiviti persatuan... dilantik menjadi penasihat...sanggup datang dari Kuala Lumpur untuk menjayakan aktiviti.. begitu juga Raduan ( staff RTM ) tak pernah miss beraktiviti walaupun sekarang di Kuala Lumpur...

Semoga selepas ini...aku dapat menjayakan beberapa lagi program yang dianjurkan......
(akan bersambung...dalam entry akan datang )

No comments: