Pages

Followers

Wednesday, April 20, 2011

Memang berbeza....

    28 hb April, sekolah ku akan menyambut Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari Ko Kurikulum....... apa yang menariknya dah hampir dua tahun aku tak lagi memegang jawatan penting untuk acara penting  bagi sekolah ini...
Macam tahun sudah, tahun ini juga aku dikehendaki membantu dan memberi khidmat nasihat...( heheh yer ke..) kepada guru muda yang masih bertenaga, untuk mengetuai bahagian pentas yang selama ini aku pegang sejak aku jadi guru di sekolah ini. ..Tapi bagusnya guru muda ini, hormatnya pada aku..sampai ada yang ingat aku masih memegang ketua untuk bahagian pentas. Dan aku pun... tidaklaa pula memalukan diri menunjukkan kelemahan dan kemalasan di depan orang muda. Bahagian hiasan depan pentas... aku jaga. Yang lain-lain tu bagilah jawatankuasa lain...( setakat gantung langsir je..tak kan tak boleh kott..)
    Tapi  yang terasa sangat  antara jadi ketua dan tidak ni.... ialah  tahap stress dan tidak stress....hehhehhehe...
Pertamanya kalau jadi ketua, kena attend bermacam-macam mesyuarat... mesyuarat induk, mesyuarat letak kerja, mesyuarat jawatan kuasa.. dan entah apa lagi mesyuarat.....
        Keduanya.. nak mengarah, guru-guru lain tu satu hal.... kalau yang satu kepala tu tak pe...ini yang jenis buat tak kisah... tunggu kita bagi tahu baru nak gerak... tu yang susah.... Tak tanya dia pun diam pun ada....
      Ketiganya, nak mula kerja laa...kalau dulu, guna polisterine...untuk backdrop.  dua minggu dah kena bersedia. Potong polisterine pulak kena cari budak yang cekap dan pandai....makan minum dia kena jaga. balik lambat kena tolong hantar.... Nak susun ke dinding satu hal... stressss.... dah tu, masa tulaa pulak orang nak buat rehesal.. sekarang dah senang . Main tempah banner je... gantung dan hias...
     Pulak tu... satu tahun tu... ada pengetua nak air terjun... Zaman tu mana ada kolam ke, yang setaraf dengannya... Kena buat sendiri.....aduhhh... dah buat kena test pulak..jangan bocor....Tapi hasil memang laa cantik.....Sekarang dah senang... aku dah beli satu tempayan besar untuk fountain... cuma tiap tahun beli pokok bunga je... tambah untuk koleksi sekolah.... kerja dah jauh lebih mudah...
   Punyalah tak tensionnya aku sekarang... sampai aku tak sedar... rupanya minggu depan hari khamis je majlis itu akan berlangsung....Hari Jumaat ni, aku janji ngan guru muda nak pi cari pokok bunga....ermm....waaaa...keluar ngan guru muda aku...jangan maraaaaa..... janji kerja beres...!!!

4 comments:

uncle gedek said...

Nak tolong potong polisterine!

Nostalgia!

hentian said...

IM pun respek kat juruteknik muda di loksi kerja IM. mereka hormat IM...

azieazah said...

CIKGU, tabik dengan usaha cikgu wpun dianggap cikgu lama, tapi pengalaman tu mahal sekali.

Bekerjasama itu pasti memberikan hasil lumayan dan menakjubkan, kan?

Syabas!

roslaini saad said...

Gedek...
Aduhh... guru sekarang kalau kena dengan polisterine mahu menangis...hahhaha tumpoo..orang peghak kata...

Insan Marhaen..
bukan semua orang muda respek kat kita yang tua ni... tapi guru muda gandingan saya ni.. memang berbudi bahasa..dulu jenuh saya suruh dia panggil saya kak ros..dia dok panggil saya Puan...hehhehe rasa macam tak kena je...

Azieazah...
Jadi guru lama yang penting jaga keterampilan... heheheh kalau rupe malas je.. tak semangat je.. guru muda pun tak respek.. yang penting ada kerjasama. Yang muda ada tenaga..yang tua ada pengalaman... baru kerja menjadi..