Pages

Followers

Saturday, March 19, 2011

sweet 17....1980

  Cuti-cuti sekolah ni... selongkar-selongkar barang lama, jumpa gambar-gambar ni.. Banyak yang dah rosak. makan dek hari... ( salah aku juga tak pandai jaga..). Seronok tengok gambar-gambar ni...lebih kurang 20 tahun dulu. Masa aku tingkatan 5.  Zaman ni memang tak ramai yang pakai tudung..heehehe...yang ada dalam kelas aku ni cuma seorang.
Kebanyakkannya  dah putus hubungan... kecuali Fauziah ( dua dari kiri .belakang ). Dan yang terbaru aku dapat tahu kabarnya ialah Kamsiah ( dua dari kanan - belakang ) sekarang dah jadi pakar pegigian.. Paling baru dapat aku hubungi Siti Daharah ( duduk di bawah - tengah) ...Aku pasti ramai yang dah berjaya dalam kerjaya mereka masing-masing...

3 comments:

Insan Marhaen said...

aalamak... teringat kat N, mak we IM dulu... duduk kat pantai batu buruk, kuala trengganu.

adusss...

Anonymous said...

Salam Pn Ros,

Sweet seventeen ...woww. Masa tengah galaklah ni ye. Saya tak ada simpan gambar sewaktu di sekolah dulu begitu juga di IPT. mungkin saya tak kisah sangat bab gambar.

Ketika seventeen ni dah ada kawan - kawan saya yang pandai ngorat . Saya pula pada ketika tu dari jenis geng2 sedar diri(sbb mak bapak miskin kot he he) jadi tak pedulilah sangat tentang hal ni. Kalau kawan2 dapat bergambar dengan awek tu kira hebat dah dan boleh tayang kat member2.Kelakar sungguh. Ada antara mereka yang berkahwin. Tapi setelah tua ni saya tengok lebih ramai yang tak berkahwin ngan awek2 kesukaan mereka.

BTW masa tu memang tak ramai perempuan bertudung. In my class pun kalau tk silap ada 2 orang je bertudung (sorang dah meninggal - al fatihah untuknya).Kami sangat respek dan segan betul ngan minah yg 2 orang tu.

Itulah pengalaman di SMT Kuantan satu masa dulu. Wassalam.

Mountain Climber

roslaini saad said...

Insan Marhaen...
opppsss....ini mesti ada salah sorang muka seiras wajah ...n..alah masa dulu biasala..suka orang tu..kawin orang ni...

Mountain claimber...
Masa ni saya naif bebenor..heheheh tambah sekolah all girls..nak bercakap dengan lelaki pun malu...
kalau ada yang kita admire pun simpan dalam hati je...