Pages

Followers

Wednesday, March 23, 2011

Result SPM keluar hari ni....

     Hari ni...ramai yang teruja dan mungkin juga ramai yang kecewa....Bukan saja calon-calon spm 2010.. Cikgu-cikgunya juga.....
    Tak macam tahun-tahun yang lalu... aku rasa kurang teruja nak tahu keputusan peperiksaan spm  ( ehehheheh yer ke..) Barangkali sebab tak ada anak yang ambil SPM tahun ni... Dan lagi pun aku rasa usaha aku untuk budak-budak SPM.. tak ada yang extra ordinary untuk buat aku rasa gelojoh nak tahu hasilnya.... aku rasa biasa-biasa saja....dan untuk mengulangi kehebatan result yang terhasil tahun 1998...mungkin tidak akan berulang. ( Result tahun tu...11 orang A 1 dan 55 dapat A2 ). Zaman tu...semua calon yang naik tingkatan 4 adalah calon-calon yang berjaya sahaja dalam PMR. Tidak seperti hari ini... semua calon layak naik ke tingkat 4. Dahlah tu.... yang ambil Pendidikan Seni Visual kebanyakkannya.... yang tak layak untuk kelas Sains dan Vokesional... dan yang kantoi teruk punya...( straight E pun ada....)

     Aku rasa Puan Pengetua.. memang layak gembira dengan hasil yang diterima.. Peratus kejayaan naik..tahun ni dapat 95.84 %  naik dalam 1 persen lebih....dan sekolah dapat sijil penghargaan  atas peningkatan KUALITI. KUANTITI dan GPS... Berbagai usaha yang dilakukan dan dua pelajar dapat straight A ( seorang melayu dan seorang Cina ) seorang dapat "near Miss "... tak dapat straight A kerana satu subjek B+.
     Subjek PSV.... 100 % ...................... tapi cuma 3 orang yang dapat A ( A+ tak ada ) berbanding tahun sudah ( 2009 ) 10 orang dapat A.  Dan semuanya dari calon luar jadual ( pelajar kelas sains ).....( So fahamlaaa... kenapa aku rasa kurang teruja sangat...kecewa tidak juga....dah lali...) Tapi yang aku rasa bangga tu.... pelajar yang dapat straight A ( 10 A ) tu ...salah satunya adalah PSV..... rezeki dialaaa..... sebab dia adalah calon luar jadual. Pelajar-pelajar yang aku ajar bagai nak rak...sorang pun tak ada dapat A. Paling bagus pun B+...
     Inilah turun naik ...jadi cikgu. ..Tahniah untuk sekolah SMK Wira Jaya.. ( sekolah anak aku ) kerana dapat lonjakan saujana...khabarnya naik 20%... hebat tu..



No comments: