Pages

Followers

Tuesday, March 1, 2011

HAKIM MASUK ASRAMA..

        Dah lama aku tak menulis...gara-gara keyboard laptopku rosak... Razi pulak tengah bercuti...susahlaa nak pegang laptopnya. ...komputer kat rumah pulak...control dek si Faiz.... tak ada peluang langsung  nak pegang.Kena bersabrlah jawabnya... At last hantar ke kedai ...keyboard rosak, kalau diganti nak kena dekat rm 200 ....tapi budak teknichian tu bagi jalan, supaya aku pakai keyboad yang dicucuk kat usb port....selamat laa duit aku...
        Tapi semalam dalam tak diam terbang juga duit dekat rm 800....kerana menghantar anak ke asrama....Bukan aku berkira..tapi saja nak cerita, kerana anak nak belajar habis duit tak apa......asal dia nak belajar...... Sebenarnya aku sendiri tak menyangka dia akan masuk asrama...Plan asal (ayah dia dan dia ) dia akan berulang dari rumah opahnya di Bota sambil tu boleh temankan opahnya.. tapi rupanya surat tawaran tu datang bersama tawaran duduk di asrama.
      Kelam kabut juga dalam dua hari nak menyiapkan barang-barang keperluan dia......Dan si Hakim ni pun dalam kata tak nak.. tapi dia pergi juga membeli beberapa keperluan yang perlu...Sambil-sambil bawa kereta, aku slow talk... cerita kebaikan dia duduk di asrama dan ambil kursus yang ditawarkan. Yang bertuahnya si anak ni...bukan sedih nak jauh dari emak...tapi sayang nak berpisah dengan kawan-kawan .....
     Dia nak tinggal di asrama aku rasakan bagai satu rahmat Allah...sebab tu aku tak sayangkan duit untuk dia belajar....Anehnya,bila dia duduk asrama...aku pulak yang macam terindu-rindu kat dia. Kat sekolah tadi pun ..macam terbayang-bayang kat dia., nampak budak sekolah sebiji macam dia...


    Balik hantar Hakim, kami terus balik kampung Bota.( lebih kurang 10 km saja dari sekolah baru Hakim)..aku pun dah apply cuti rehat., Razi pun dah lama tak jumpa opahnya.....lewat petang baru kami balik...
         Tapi malang tak berbau.... aku cuba elak melanggar bontot kereta depan yang brek emegency... sudahnya kereta aku yang kena sondol.......aduhhhhhh... tapi, kereta MyVi yang sondol kereta aku lagi teruk...sebab ada kereta lain pulak yang sondol kereta dia...ermmm depan belakanglaa hancur....
      Dia turun kereta marah-marahkan aku...( bila kami dah ke tepi jalan ) aku tunjuk kat dia..que kereta yang panjang....tengah jem.." Kalau saya tak brek...awak mahu saya langgar kereta tu.....?????"  Lepas tu..aku tak tahu apa dia bincang dengan My suami....aku dah jadi blurrr.....blankk....
     Kereta ketiga yang terlibat jenis avanza...orang muda juga yang pandu...teruk juga...sampai bertarik...aku syak mereka pandu laju...sebab tu tak sempat brek..... jalan ni memang sesak...bila time orang balik kerja..dan waktu petang..( jalan Dr Raja Nazrin Shah  menghala ke Medan gopeng ) Penyelesaiannya ....kami ke Balai Polis Trafik..buat repot....

     Apa-apa aku rasa syukur sebab semua selamat.....

2 comments:

hentian said...

IM dulu berhutang piutang semata-mata nak biaya anak ke kolej...

Melur Jelita said...

Tahniah untuk anak...
alhamdulillah..selamat dari eksiden