Pages

Followers

Thursday, March 17, 2011

Gambar-gambar kenangan....berkerja di LPKN.

 Walau pun kerja banyak yang tak beres lagi.. tapi bila tengok gambar-gambar lama ni, terus teruja nak tulis blog....Gambar-gambar ni, asalnya banyak...tapi banyak dah rosak. Inilah zaman aku mula-mula melangkah ke alam pekerjan... Baru berumor 18 tahun masa tu... belum pun masuk ITM lagi...
 Bersama Abang Yusof... kami sama-sama staf LPKN ( Lembaga Perancang Keluarga Negara ) di bawah boss kami Professor Dr. Hamid Arshad. Pakar sakit puan yang terkenal.....

 Dah banyak yang aku lupa... tapi kalau tak silap yang aku pegang dalam tabung uji itu ialah Urine..
Nak buat urine test... sebelum diletak di bawah mikroskope.....
Inilah pengalaman kerja yang tak mungkin aku lupa seumor hidup.... kerana tugas ini mengenalkan aku hakikatnya manusia..... Sehebat-hebat manusia, masih tak terlawan kehendak Allah...
Di sini aku bertemu ramai pasangan suami isteri yang gagal mendapat cahaya mata....

5 comments:

Anonymous said...

Salam Pn Ros,

Bagus pengalaman macam ni. Saya dulu pun ketika tungu SPM macam2 kerja buat tapi tapi kerja kontraklah. Msa tu kerja memang susah pun terutama untuk budak2 kampung.Kerja2 sampingan macam ni sebenarnya mematangkan kita untuk jadi lebih taugh bila memasuki alam pekerjaan sebenar.Juga membolehkan kita bersyukur bila kita dapat kerja bukan apa kita dpt rasakan betapa susahnya nak dapat duit masa dulu - dulu. Tapi ayat yang bawah tu saya rasa tak sesuailah untuk open blog .. he he .Wassalam.

Mountain Climber

roslaini saad said...

Mountain Climber...terima kasih kerana teguran..kadang-kadang kita tak perasan..ada hati yang akan terasa dengan apa yang kita dah tulis..saya dah padam pun..
dan sebenarnya masa kerja ni..bukan masa menunggu spm tetapi selepas spm..saya gagal ke tingkatan 6 sebab kantoi dalam spm..tapi lepas tu ambil julai paper...

KuNanGKuNanG said...

wah masih lagi de simpan gambar lama...leh tunjuk kat ank cucu...

hentian said...

IM syukur jugalah walaupun cuma dapat 2 jer..

uncle gedek said...

Hehe... ada kotak sabon Fab kat belakang!

Klasik!