Maghrib semalam.. Hakim bawa balik berita, kawannya Khalid accident..Dia baru balik hantar kawannya ke hospital masuk wad kecemasan. Khabarnya serius juga keadaan kawannya... dan malam semalam sekali lagi dia pergi menjenguk kawannya. Katanya KOMA.....
Petang tadi aku ajak jiranku Imah.. untuk pergi ziarah kawan si Hakim kat hospital... kebetulan memang aku kenal emak dan ayahnya, kerana kami tinggal dalam kariah yang sama. Sebak aku tengok keadaannya... Aku dapat tahu ada pendarahan dalam kepala.. Masa aku tengok dia terbaring dengan pelbagai wayar penuh di badan.... aku terbayang andai dia adalah anak aku sendiri... Mampukah aku tempoh keadaan ini. ( Nak masuk melawat tak boleh ramai cuma berdua sahaja dalam satu masa..) Di luar ramai kawan-kawannya yang juga kawan-kawan Hakim datang ziarah... semua kelihatan sugul.....
Aku jengok sekejap sahaja.. sebab nak beri peluang pada orang lain yang datang...dan terus pergi jumpa emak si Khalid... Terpegun aku dengan wajah wanita ini..walau dalam keadaan begini masih boleh tersenyum dan berbual dengan kami. Dari ceritanya baru aku tahu, Hakim yang bantu cari mereka selepas Khalid kemalangan dan menghantar ke hospital dengan kereta abang si Khalid....Siapa sangka yer..anak aku yang nakal ini rupanya bertanggungjawab juga bila berdepan dengan keadaan begini. Hari ini saja dah 3 kali dia mengulang ke hospital melihat keadaan kawannya....mereka memang rapat, sama-sama geng buka motor di rumah aku dan dulu memang rakan sekelas..( sekarang Khalid dah masuk sekolah teknik..)
Lepas ni aku harap insaf laa sikit si Hakim ni... kurang-kurangnya naik motor tak laju-laju..pakai helmet, ikat talinya..dan berhati-hati di jalanraya... Oh ya Khalid sebenarnya terlibat kemalangan antara motor dan kereta... Kereta yang datang dari arah bertentangan , beluk ke kanan bila sampai di simpang tiga...menyebabkan kawan anak ku ini melambung... Allah..aku tak boleh bayangkan....ngeri...
3 comments:
Akhmal pun, dah 2 kali jayuh motor dalam masa sebulan. hu..
Salam Pn Ros.Semoga Khalid cepat sembuh. Tapi bab koma ni risaulah juga. insyaallah berkat doa kita Khalid tu selamat hendaknya.tulah sebab sya tak layan sangat bila anak sya dulu bbrp kali suruh beli motor. lebih selamat naik kereta sebenarnya sekarang ni sbb kenderaan dah bnyk. motor ni kalao setakat nak gi pasar atau surau ingat tak payah belilah. Kwn sya bagitau statistik kemalangan skrg ni 90% motor 10% kereta, van, bus etc. Jadi very risky naik motor sebenarnya. BTW harapan kita semoga Kalid cepat sembuh dan mejeruskan pelajarannya . amin..
mountain climber.
Moga kawan HAKIM segera sembuh.
Apa perkembangan sekarang? Saya tertinggal banyak entri.
Post a Comment