Pages

Followers

Friday, February 4, 2011

Jumpa kawan sekolah di alam maya..

       Ini kawan baik aku zaman sekolah....Fauziah Kasim. Budaknya pandai, ..antara budak melayu yang genius masa aku sekolah dulu...hingga boleh beat anak-anak bukan melayu..Matematik tambahan macam dalam kepala dia aje masa tu.. Dialah pakar rujuk aku. Balik sekolah naik bas yang sama ( bas Port Weld ..sekarang Kuala Sepetang.) membuat kami lebih rapat. Sebenarnya kami pernah sama-sama satu asrama di Convent Ipoh. Bagai dirancang ( padahal tidak ) kami sama-sama mohon pindah balik Taiping.... Masa dia ke Amerika buat degree di sana, kami saling berutus surat. Aku pula di ITM.. Bila dia balik Malaysia dan berkerja di UTM kat KL masa tu... aku masih berhubung dengan dia.. Tapi lepas tu hubungan kami terputus. ..dia di tugaskan di UTM  Skudai Johor, jadi pensyarah ... sekarang dah jadi pensyarah kanan dalam bidang kejuruteraan...( apa yer..ini aku tak pasti )

      Tahun 2004, aku sambung belajar di UPSI..membuat aku berkenalan dengan internet....aku ambil peluang cari no talifon Fauziah melalui web UTM....Takdir menyebelahi aku....kerana bila aku call, Fauziah ada di biliknya.... aduhhh.... seronoknya..!!!! sejak tulah aku mula jatuh cinta dengan internet...

    Baru ni...Fauziah mula muncul dalam facebook.... lebih menyeronokkan... kami juga bertemu di alam maya ini seorang lagi rakan sama satu asrama masa di tingkatan satu...Fauziah Ishak..( orang Kuala Kangsar ).. sekarang dah jadi Sister ( Jururawat ) di Hospital Besar KL.
     Melalui Fauziah Kasim... aku temui seorang lagi rakan sekelas.. Dulu aku panggil Kam sahaja... sekarang dah bergelar Dr Kamsiah...Cantik macam dulu juga...Melalui blognya Dr Kam... aku dapat tahu rupanya dia sekarang dah jadi Specialist dalam bidang pergigian.
   Dr Kam dah buka klinik di Taman Tun Ismail... Waduhh... teruja betul dengan kejayaan kawan-kawan. harap-harap dapat bertemu lebih ramai kawan lagi....INsyaallah....

8 comments:

Guru said...

memang teruja berjumpa kawan-kawan lama... siapa pun pasti rasa yang sama

Unknown said...

Ros... ingat anita kecik (anak mamak tu) Awal 90an dia kerja akauntan di Johor Corps. sekali dlam thn 1998 aku jumpa dia di Puduraya tahun 1998. maknanya di dah pindah ke KL pd tahun 1998 tu.Tapi Dah lost contact dgn dia.

Kalau rajin cek facebook insyallah kita akan jumpa kawan2 sekolah kita.

azieazah said...

Seronoknya dapat jumpa kawan2 sekolah lama. Mesti terimbas segala kenangan.

Inilah suatu contoh bilamana internet dan laman sosial dimanfaatkan dengan cara yang betul...


Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar

umi_e said...

Salam... seronoknya!

*Saya pun teringin nak jumpa kawan2 masa sekolah rendah dan menengah :)

Anonymous said...

Salam pn Ros,

Alhamdulillah. Memang seronok jumpa kawan lama. Saya juga jumpa ramai kawan2 lama dan ramai juga yang berjaya, pensyarah, business man, BOD company, professional dsb. Kekadang kita pula segan sebab rasa nak berkawan tak setaraf. tapi mrk ok je.Bagaimanapun tahniah sebab dapat sambung slaturrahim tu.

mountain Climber

uncle gedek said...

ada jugak kebaikan facebuk, ni eh?

hentian said...

IM tak sanggup nak jumpa kawan lama. segan..ceribilun

roslaini saad said...

A KL Citizen...
Memang teruja.. sebab niat saya di deapn komputer ni pun. mengharap dapat brtemu kawan-kawan lama.

Fauziah..
Kalau tahun bintinya.. senang dicari dalam internet..kalau tak tahu tu yang susah sikit..

Azieazah..
memang banyak kenangan..heheh zaman remajalaa katakan..

Adia Umie E..
Kawan baru dicari..kawan lama dijejaki...baru persahabatan berterusan..

Mountain climber..
Biasalah dalam hidup ada yang berjaya ..ada yang tidak..
tapi tak semestinya..bila mereka berjaya..mereka lupa kawan-kawan..

Gedek...
Kalau tak ada alam maya ni..kita tak saling mengenali...hahaha

Insan Marhaen...
Sebenarnya tak sepatutnya rasa malu...kita semua berjaya dengan cara kita sendiri..EX Raja Chulan memang ramai yang berjaya dalam bidang profesional...ada yang berpangkat ketua pengarah.. EXCO kerajaan negeri dan macam-macam lagi...