Pages

Followers

Wednesday, February 23, 2011

Berita Baik..... untuk hari ini.......

     Hari ini ada beberapa berita baik yang aku terima.....
        Pertamanya...keputusan STPM sekolah aku..meningkat. Dari rangking 31 naik ke tangga 6 dari 73 buah sekolah.... banyak tu...Dan Malek, satu-satunya calun Seni Visual, dapat B...( Untuk ketiga-tiga kertas dia dapat A, B dan C...tapi aku tak pasti kertas apa  sebab aku belum berjumpa dengan dia..) tapi kalau dia dapat A untuk kerja kursus... memang aku terkejut beruk...sebab pada penilaian aku, mutu kerjanya tak sebagus itu... Aku masih mengharap dia datang ke sekolah, untuk aku dapatkan pengesahan. Masa result keluar hari tu, aku MC . jadi tak ada di sekolah. Anyway..syabas Malek...
         Keduanya hari ni, aku dapat panggilan talifon dari sepupu suami yang menjadi kerani di Sek Men Teknik Seri Iskandar... dia tanya kalau-kalau Hakim mahu, mengambil satu kursus yang masih ada kekosong di situ.....kalau setuju, mereka akan keluarkan surat tawaran..... Kalau tanya aku, aku memang setuju sangat....si Ayah pun suka ... cuma si Hakim saja,..yang masih berbelah bagi. Tapi apa-apa pun kami jadi emak ayah, tetap akan hantar dia ke sekolah ini.... demi untuk masa depan dia juga.
     Ketiga ..berita baik yang aku terima hari ini... kawan si Hakim yang accident hari tu, dah dibenarkan keluar....alhamdullillah...... dia dah sedar dari koma dua hari sudah, dan dah mula pulih....
     Keempatnya.... aku dapat tahu pemantau ISO tak jadi datang minggu ni.....hahahhaa...kalau tak datang langsung pun baik......
     Kelima... waktu contak time tadi ... ada pengumuman, mengatakan minggu depan tak ada latihan sukan......tak ada langsung pun tak pe.....hehehehhe musim-musim panas ni...berat benar hati nak ke padang..
     Keenam.... My suami bagi tahu, bacaan kencing manisnya turun...ermm.... ini sudah baik...kebelakangan ni, dia memang makan pelbagai ubat.... kerana kakinya yang sakit tu..( tapi ubat yang mana satu...)
     Ketujuh.... aku tak perlu ikut kursus yang dianjurkan JPN untuk Kerja Kursus tingkatan 6 kerana ....dah ada cikgu muda yang ambil alih.....( selamat......aku )
    Kelapan... My hubby nak bagi modal, untuk aku jayakan impian aku buka bengkel batik......yahoo......ini sudah baik........( sayang...abangggg...!!!!)
   Kesembilan.....kunci pintu stor bilik seni aku... hari ni dah diganti....  aduhhhh lega rasanya, sebab walaupun bilik stor tempat aku buat kerja... tapi dalamnya ada komputer dan printer....juga tempat aku menyimpan alatan seni ..dan segala macam alat lain.....
   Kesepuluh....     program SMS ( Sepuluh Minit Sahaja) dah dimulakan hari ni..................... program membaca yang dirancang dari tahun sudah, tapi tak dapat dilaksanakan.....Program membaca sepuluh minit di tapak perhimpunan (waktu pagi) ...disediakan oleh pengawas=pengawas Pusat sumber.....

7 comments:

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah, banyak berita baik untuk Ros hari ini. Semoga berita-berita baik yang lain akan berterusan menyusul selepas ini...

roslaini saad said...

Kak Cik...saya pernah dengar orang kata.. kalau kita highlight..berita-berita baik...yang baik akan terus datang.. dan sebaliknya kalau terus memandang yang malang...yang malang akan terus-terusan datang....

uncle gedek said...

'contak' ? Apa tu?

Anonymous said...

salam Pn Ros,

Kadang2 kita banyak kali juga bernasib baik. Itulah hadiah untuk kita pada masa - masa tertentu. Pengalaman sya accident stakat ni alhamdulillah ok. Thn 2001 dulu, tika nak membelok dtg kereta laju dr belakang bantai tepi kereta sya. saya terhentak hidung brdrah skit . Tp sya kira saya cpt 1 atau 2 second saja. kalu tak smada cedera teruk atau maut slap2 h/bulan.

Sekali lagi tu kat highway Karak, mlm hujan n tertidur dlm jeep sya wiz my son n doter. apa nak kata terlanggar tembok dan berpusing 2 x kereta tp sya ok. Kalau kat gaung tk berapa jauh dr tu wassalamlah jwbnya.
n tika sya d luar negara one time, tba2 sya teringin nak baca Qur'an.Sya dok pikir teruk btul aku ni dtg kat negara orang langsung tak ingat bawa Qur'an. Yg tafsir 2 pun oklah.Esok mlmnya bila sya ziarah kwn sya Pakistan, dia renung muka sya kemudian dia kata I hev present 4 u. Lps 2 selamba dia bagi Qur'an kecil kat sya. Alhamsdulillah, Wonderful hepi betul sya.

Mngkin nasib baik 2 sbb Pn Ros pernah tolong orang, atau bersedekah dll. Jd selalu bersyukur supaya rahmat Allah swt tu sentiasa tak putus. Ok cau dulu. Wassalam

Mountain climber.

hentian said...

muga hari hari esok masih ada berita baik..

Fakrur Razi said...

SAlam untuk semua yang bagi komen...

Dalam satu kursus motivasi, pernah diberitahu... kita perlu set mind kita positif, untuk dapat perkara-perkara baik...Katanya juga... mulakan pagi dengan senyuman...dan senyum selalu, akan menyebabkan otak merembes satu cecair( hormon ) positif untuk badan...( waallahualam..)

Tapi saya selalu ikut pesan mak.. keluar rumah baca ayat seribu dinar.. ( selalu digantung di kedai mamak..) Kalau kereta nak rosok pun...akan rosak di tempat yang selamat dan selesa...Atau pun...sampai kat rumah baru rosak...
Boleh jadi juga ...kalau kita selalu tolong orang...Allah akan permudah semua urusan kita...

azieazah said...

Alhamdulillah..

Banyaknya berita baik hari ini.
Yang paling baik tentulah kawan HAKIM tu (Khalid kan namanya), sudah sedar semoga kembali sihat dan pengalaman kemalangan akan memberikan dia sedikit kesedaran.

Dan lain-lain kejayaan (STPM tu) tahniah!

Cikgu mesti bangga, they deserve it!


Memburu “Darah” Terbaik...