Pages

Followers

Thursday, January 20, 2011

Kembali sibuk....

     Hari ni dah rabu minggu ke tiga sekolah...cepat kan masa berlalu.....Esuk , cuti umum Thaipusam....Jumaat sekolah balik, dan Sabtu sekolah ganti......aduiiiiii....
 Bila kembali ke sekolah...dah mula kembali sibuk...
Hari ni bawa balik kerja ke rumah...rehat kejap tulis blog...hahahhahahh
Sebenarnya bukan rajin sangat...tapi terpaksa...Dateline 21hb Januari ..hari ni dah 18hb Januari.....Boss pula nak borang di taip...( tak mau tulisan tangan , walau macamana cantik sekali pun.) Siang tadi seharian mengumpul data-data yang diperlukan...nasib kelas tak banyak...
   Semalam sibuk nak buat mesyuarat pertama PSS...menyiapkan laporan...tak sempat nak buat kutip data..Tengahari tadi, contak time...bagusnya dibuat LADAP sekali....so tak payah banyak kali datang hari sabtu...( ni yang bagus pengetua ni...hehhehe kalau boleh jangan kacau sangat hari sabtu..) Waktu LADAP ( Latihan dalam Perkhidmatan ) kami buat dalam kelompok panitia...dalam Panitia Seni hanya bertiga....yang lain semua masuk panitia yang lain. Kami buat pengurusan fail...hehehhe kelakarnya cikgu-cikgu baru ni...risau betul pasal fail......Bertahun aku mengadap sorang fail panitia...kalau tak cukup aku isi......kecoh betul..          .( sekarang aku bukan ketua panitia...dah pegang  PSS kan... ) Sebenarnya...fail panitia seni jarang orang kacau sangat kecuali ISO. Kat sekolah biasanya pengurusan beri tumpuan pada subjek-subjek killer......Sains matematik, BM ..Agama...dan lain-lain...Seni jarang diberi tumpuan...Janji buat kerja bagus-bagus...result 100% ....orang atas tak kacau sangat....
      Kadang-kadang cikgu-cikgu baru ni...nak keluar kederat sikit tak nak....sejak aku di sini, tak ada mural (lukisan dinding.) baru dari tangan cikgu-cikgu seni baru.....padahal dah ramai obsyen seni....Di sinilah gahnya cikgu seni...orang nampak kemampuan kita... Kalau takat dalam fail...siapa nampak...fail aje gah..hasil tak ada..
ok kena keluar dulu....mata dah mengantuk..see you all...love you all......

4 comments:

hentian said...

IM selalu amalkan sikap tak mahu bawa kerja ofis balik ke rumah. bila balik rumah, off suis ofis dalam otak.

kalau tak buat gitu...letih!

roslaini saad said...

Salam IM..terima kasih kerana sudi mengunjung teratak teman ni..

Sebenarnya tak suka juga bawa balik kerja tapi dah terpaksa..esuk nak kena bagi boss tandatangan. .dan hantar ..dateline 21 hb ni..
Tahun lepas nama dah naik dalam mesyuarat..tahun ni tak nak le naik lagi...

azieazah said...

Saya pernah jadi AJK Ibu Bapa Tahun 6, ketika anak saya di Tahun 6.

Saya pernah bangkang bila guru2 Tahun 6 buat cadangan dan jadual utk hentikan subjek seni sepanjang tahun sehingga exam UPSR. Saya kesian pada murid2 yang minat seni, tapi tak diberi peluang.

Tapi apa kuasa suara saya....

roslaini saad said...

Aziezah..memang inilah yang berlaku di sekolah rendah...sebabnya nak mengejar kedudukan UPSR yang baik ...jadi kena korbankan P seni kerana tak ada exam..itulah nasih P seni sebenarnya..di sekolah menengah pun ada juga..tapi tak ketara...kalau saya ...saya ajar juga walaupun dia dah dekat pmr..supaya budak-budak ni balance..antara belajar dan leisure...hilang sikit stress...