Pages

Followers

Friday, December 3, 2010

MAHA 2010 - Jalan-jalan KL (3)

Sebenarnya bukan niat aku nak datang ke KL untuk menyaksikan pameran MAHA..( yang penuhnya...panjang sangat nak ditulis...) tapi kebetulan bila adik dan adik ipar ku mengajak..Orang kata bagai disorong bantal...aku tak menolak. Adik Iparku sampai ambil MC...Nak temankan aku kata dia.....( adik aku kerja sendiri..mulanya cuma nak hantar, tapi akhirnya ikut juga...)
Apa yang aku nak katakan secara ringkas tentang MAHA...menarik tapi memenatkan.. sebab lokasinya terlalu luas, dan terpaksa memerah keringat untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi... Dari parking disediakan lori pengangkut ni.....kalau tidak, lagi penatlaaa....
Lokasi lawatan pertama, kami ke tempat pertanian..... anak-anak pokok aku tak nak tengok...nak beli pun jauh benar...susah nak angkut. Tapi yang buat aku teruja, bila lihat bunga-bunga orkid ni.... cantik-cantik ooooo..... Mahu juga rasanya membeli anak-anak pokok orkid ni...tapi bila mengenangkan semangat aku ni, hangat-hangat tahi ayam...baiklaa aku lupakan saja....
Buah ini...memang menjadi pujaan hatiku....hehehhehehe.....Aku memang berangan nak tanam sepokok dekat dengan rumah....
Aku dan adik iparku Akma...sebenarnya melepaskan penat sekejap setelah mendaki dari bawah ke atas....

Beginilaa rupanya ....terpaksa berjalan....semput weiiii.....
Kakak ini betul-betul menjadi daya penarik..... Kiranya beruntung juga aku sebab dapat tengok demontrasi mengoreng pisang yang unik ni.... Mana tidaknya... dengan jari-jari dicelup di dalam minyak panas....( ada ilmu ni.....) Kalau orang biasa mahu masak tangan dalam minyak panas...tapi kakak ni selamba dan tersenyum je....Orang pun bukan main ramai yang kerumun...termasuklaaa kami....

Sebenarnya tak habis kami melawat.....lepas tu, hujan bukan main lebat. Semua orang terperangkap dalam bangunan untuk berteduh..... Frust juga tak sempat tengok lembu dan kambing..yang menjadi pujaan hati ku.....hahahhaah... kerana lokasinya agak jauh juga....

Dan sebenarnya yang lebih meletihkan adalah kerana jem......bayangkan beratus-ratus kereta nak bergerak keluar selepas hujan.....Dan kami pun terpaksa menapak turun ke tempat parking kereta...lebih kurang setengah batu....Aduhhhhh....mahu tercabut rasanya kepala lutut....Orang yang muda mungkin okay laaa kot....

Nasiblaa baik...malam tu aku tak ambil tiket nak balik Ipoh...kalau tidak tentu kelam kabut jadinya...sebab kami sampai balik dari MAHA pun dah Maghrib....Aduhhh letih sungguh....

No comments: