Pages

Followers

Wednesday, December 29, 2010

Chow Kit

 Memang terasa lucu...datang ke KL terus ke pasar Chow Kit....tapi inilah realiti...tugas hujung tahun ini rupaanya membawa aku ke tempat ini....
Sesekali nampak ikan kering yang tergantung ini... terasa macam di Pangkor...hehehe

Kebetulan pula hotel penginapan aku, sepanjang tugas kali ini...betul-betul di hadapan pasar Chow Kit. 
Yang jelasnya dah betul-betul berubah sejak aku meninggalkan Kuala Lumpur....hampir 29 tahun yang lalu..
Suatu ketika dulu...Chow Kit ini pernah menjadi tempat aku berulang alik..kerana tempat kerjaku di Hospital Bersalin, Kuala Lumpur yang terletak berhampiran dengan tempat ini.

Naluri wanitaku....membuat hati rasa teruja melihat hasil-hasil bumi di pasar ini...begitu segar dan menarik mata memandang....
Tapi oppsss..... kenapa yang ramai sangat Mat Indon dan Minah Indon di sini...????
Memang diakui....semuanya kelihatan segar..kerana baru saja sampai...
Antara yang dijual menarik mata aku ialah mempelam apple, dan jering...selain sayur-sayuran...

Jering yang dijual....adalah diimport dari seberang...itulah yang diberitahu kepada aku, oleh penjual di situ..begitu juga beberapa sayuran lain...
Sebenarnya yang menarik di sini juga adalah deretan kedai jamu....banyak weii dekat sini rupanya...

3 comments:

Kakcik Seroja said...

Ros menginap di Regency, ya? Tempay kakcik lalu lalang tu... :)

(Simpanlah nombor hp kakcik tu...)

roslaini saad said...

Ya Kak Cik...hehehe..lagi sekali sorri kak Cik..

AZNI BINTI MAT ISA said...

wah seronoknya uda!