Pages

Followers

Thursday, December 9, 2010

Cari Makan di Restoran "Asam Pedas Mak Usu"


Sesekali datang ke Kuala Lumpur...memang teringin benar aku nak menjamu selera di restoran ini.... Sejak ia beroperasi beberapa tahun lalu, aku belum berkesempatan untuk singgah dan makan di situ...

Restoran ini diberi nama sempena pangkat Mak usu dari sebelah keluarga abang long aku di Johor... Pemiliknya aku tak pasti siapa sebenarnya, tapi yang pasti diusahakan oleh Kak Long aku Rahmah Saad ( bekas editor majallah Ibu ) dan anaknya Iskandar.....
Kakak aku ni memang sejak dulu, diketahui ada kepakaran dalam bidang masak memasak...
semuanya gara-gara suaminya tak suka makan di luar.....

Adik aku yang bongsu..Azhar... Dia laa driver aku selama di KL...

Aku dan Kak Long... tokeh restoran, dan juga orang yang banyak main peranan menjayakan restoran ini... Cubalaa...pasti menepati selera di tekak ...
Sebenarnya...pertemuan ini tanpa dirancang...Kebetulan, kami lalu di Batu Caves..
dari rumah seorang kakak aku di Bandar baru Damansara....
tiba-tiba tercetus di hati nak singgah makan di sini... tanpa disangka, adik pula setuju...
kerana tujuan kami sebenarnya nak ke Seri Kembangan, untuk ke pameran MAHA....
Kalau takdir Allah mengizinkan...semuanya akan terjadi......

3 comments:

Erin said...

salam, kat kat mana restoran ni kak? saya selalu juga ke kl. manala tau boleh cuba.

roslaini saad said...

As Salam Erin....Restoran ni di Taman Seri Gombak...Insyaallah kalau jalan terus ikut main road..akan nampak...

Anonymous said...

tokeh kedai ni hensem org nyer