Pages

Followers

Sunday, September 5, 2010

Mak Mertua Kacau Dodol...

Hari ini suamiku balik dari kampungnya dan membawa balik satu juadah istemewa sempena hari raya... iaitu dodol. Dan yang pastinya, dodol ni mesti dikacau oleh emak mertuaku di kampung...siapa yang membantu aku tak pasti. Tapi dah tentu bukan suamiku...heheh..
Entahlaa.. kadang-kadang aku tak faham sungguh dengan emak mertua aku ni...
dalam tak larat dan sakit pinggang ... masih nak mengacau dodol. Padahal dodol dah dijual merata-rata gerai hari ni... Anak cucu pun bukan laa nak makan sangat dodol... Hanya jadi penyeri hidangan saja....

Beberapa tahun dulu..( aku tak ingat tahun bila..) di pagi raya, emak mertuaku mengadu sakit pinggang dan kakaknya Mak We..dah mengadu demam....Mana tidaknya, dalam seminggu nak raya tu mereka bertungkus lumus menyiapkan juadah... Bukan setakat dodol, tapi juga membakar lemang.....Kalau mereka ni, masih sihat dah gagah (muda) taklaa aku kisah sangat......
Berbeza dengan aku....dah bertahun aku tak buat kuih raya... Semuanya aku beli saja.. Itupun kadang-kadang aku saja yang makan lepas hari raya...kalau tidak tak habis pun... Yang datang ziarah pun bukan ramai sangat... Kerana cuti raya aku dah balik kampung...

Lagipun pada aku... sangatlaa tidak ekonomi, sekadar nak menjamu tetamu yang datang...Nak buat kuih dua tiga macam jenis...Nak kena juga beli Oven, acuan kuih..dan serba mak nika yang berkaitan dengan masak memasak....padahal cuma guna setahun sekali...( ini pendapat aku yang jarang-jarang ke dapur...)

Macam bab dodol tadi... setakat anak cucu nak makan... cukuplaa beli sekilo dodol dah siap...berbanding sekuali dodol ....kalau anak cucu suka sangat lain juga....kadang-kadang sampai berkulat dalam peti ais..itu yang aku tak suka tu....

Apa-apa pun... benda ni dah jadi budaya emak di kampung tiap kali menyambut raya, nak buat camana.... lain laa macam aku yang tak ada budaya langsung nak raya...cuma aku tahu, petang raya, buat ketupat nasi dengan kuah kacang...juadah wajib aku anak beranak....

2 comments:

aznimatisa said...

eh eh..cam samalah kita,,hehe

roslaini saad said...

Dekni...

Kita serupaa.....kita serupa..sehati sejiwa..