Pages

Followers

Tuesday, September 14, 2010

Hari Raya , Hari Jadi dan kehilangan......

Kali ni lambat sikit menulis.... internet di rumah buat hal..slow ya rabbi, macam tak bagi aku menulis.... dah dua kali talifon TM barulaa ada perubahan sikit....itu pun nak turun muat gambar tersangkut-sangkut...
Raya kali ni...aku dan anak-anak beraya di Matang...(tahun lepas di Bota ).....Seronok oooo...
7 dari 9 adik-beradik ku berkumpul.... jadi boleh bayangkan laa macamana meriahnya.... Kerana leka di dapur, siapkan makan-makan sambil sembang-sembang...tahun ni, tak ambil pun gambar raya dengan anak-anak....Oh ya...My suami beraya di kampungnya.. kerana emaknya yang dah tinggal sorang tahun ni...
Kebetulan pula 12 Sept... hari jadi Kak Ani, dan 25 sept birthday abang Nazri... jadi kami buat surprise party untuk mereka.....
Kak Ani happy sungguh dan tak sangka... sebenarnya dia baru balik dari kenduri doa selamat di rumah abang iparnya di Taiping...... Birthday Kak Ani yang ke 56... patutnya dah pencen, tapi kak ani sambung perkhidmatan sampai umor 58....Bravo..Kak Ani moga dipanjang umor dengan keberkatan...
Raya tahun ni...merupakan tahun pertama aku kehilangan bapa mertua... tapi aku berpuas hati sebab tahun sudah aku dapat beraya dengannya.. dan dapat ambil gambar kenangan ni di hari raya yang sudah....
Raya ketiga... aku dapat berita mengejutkan... Aku kehilangan emak saudara adik arwah bapak....Wan Cu..( atas kerusi roda ) ..Tahun sudah aku ada menulis tentang pertemuan tiga beradik ni... yang masing-masing dah uzur...

Moral of the story.... Ziarahlah... saudara mara yang dah uzur, mana nak tahu inilah kali terakhir kita bertemu...Atau siapa tahu mungkin ini kali terakhir kita beraya...?????

2 comments:

Hamizah said...

seronoknya dpt berkumpul ramai-ramai..

Lee said...

Hello Roslaini, very nice gambars. I'm sure you and family had a wonderful time visit friends and relatives.
Lots of ketupats and rendang too. Ada lemang?

I really love see the beautiful bajus worn by everyone. Love the bright colours.
You have a nice day, best regards, Lee.