Pages

Followers

Friday, July 16, 2010

Perkongsian cerita.....


Kata Pakar Motivasi....... Kalau kita nak berjaya...berkawanlah dengan orang yang berjaya...
kalau kita nak jadi alim ulama...berkawan lah juga dengan mereka... Kalau kita nak jadi artis...berkawanlah dengan artis......


Kata Pakar motivasi lagi..... Nak berjaya...

kita perlu ada tiga perkara :
1. ILMU 2. MENTOR 3. SISTEM.(mcm Mc Donald)
Kerana keinginan aku untuk berjaya... jadi aku kata 'YES'... bila dia ajak aku ke
Kuala Lumpur, lepas sekolah hari rabu....
My suami terkejut juga...bimbang...
tapi aku kata apa risau... dia yang pandu, naik ESTIMA lagi....
( aku tak pernah naik ESTIMA,...seronok weiii....jakun juga...hehehhe)
Estima dibeli guna wang tabung kereta yang diberi syarikat kepada mereka..
.dulu pakai kancil je...
Dua jam aje dia pandu...dah sampai KL...
dan dia parking sederet dengan kereta-kereta mewah ni.....fuhhh..idaman kalbu...!!!
dan motor-motor besar ini...
Inilah Ustaz Amir...kawan guru satu sekolah.. yang mengajak aku. Dia pernah ajak aku setahun yang lalu.... tapi aku tak bersedia.... Banyak alasan , tak mampu nak ikut rentak mereka....
tapi dia tak putus asa... dia try kali kedua.... jadilah aku pengikut mereka..
Ini isterinya...Shahida.. Guru Pendidikan Khas...Mengajar guna bahasa isyarat...Hanya setangga lagi nak jadi Crown Diamond manager..( pangkat tertinggi )Dah sampai Paris, Australia dan tahun ni ke Beijing... baru dua tahun join...dialah leader aku.
.Mencabar aku... Guru biasa-biasa... ajar budak pekak dan bisu aje.. tapi mampu melakukannya.Malam itu...Shahida jadi MC majlis ilmu..Dia gabra semacam.. Sepanjang jalan aku hanya berbual dengan Ust. Amir..dia dok hafal skrip nak bercakap depan audien... ramai ooo...
First time aku rasa... bila aku hadir majlis ilmu... aku tak dapat kerusi di depan... kerusi di depan semua dah dibooking... kami terlambat sebab makan. Naik ke atas dah penuh..... Masa belajar kat UPSI dulu pun tak macam ni... Pelajar Master pun cari kerusi kat belakang.......
Masa majlis berlangsung... ada yang duduk di lantai...ruang dah penuh, atas lantai , atas tangga....ada tv besar di belakang..
Sedang menunggu ( dah masuk maghrib )... aku terkejut terdengar qamat... Subhanaallah..
ada yang sedang sembahyang berjemaah di belakang... ( di tingkat atas ada di sediakan surau )
Memang first time aku tengok suasana macam ni.....nak kata jakun, katalaa....
Perhatian... : Tempat ni pemiliknya seorang bukan Islam...( tak sempat nak ambil gambar )
Pukul 8.00 malam... tempat ni dah penuh... Ini yang paling aku tak suka... pandangan dah terhalang..... Tapi masih mampu nampak apa yang di sampaikan...Hari tu, CDM Linda... Leader aku dari Ipoh yang sampaikan... tajuk sesuai untuk orang baru macam aku...
'Penolakan dan tips untuk mengatasi....'
Majlis berlangsung hampir 2 jam...
Bila selesai , aku ditarik oleh Shahida untuk bertemu wanita ni...bekas guru.
Leader yang mengembangkan sayap di Ipoh.. hingga melahirkan beberapa lagi leader di Ipoh..
crown diamond manager Misah.... 7 tahun buat bisnes ni...sebelum balik panjang lebar dia nasihat aku.... antara yang aku ingat...ketepikan ego kita....
Kalau kita mahir dalam bidang yang pernah kita ceburi..
belajarlah bidang ini umpama kita budak tadika.
Yang pakai tudung pink tu... Dialah speaker untuk malam itu... juga guru Pendidikan khas.
tapi sekarang bercuti tanpa gaji... buat bisnes sepenuh masa..
Kalau dipandang sekali imbas... mereka ni macam wanita biasa yang lain... tapi sebenarnya, mereka ini semangatnya kental, sebab tu mereka mampu mengharungi cabaran dan dugaan..
walau apa yang dihadapi.
CDM MISAH, DDM SHAHIDA, CDM LINDA dan dua rakan mereka yang aku tak pasti pangkat mereka...
Mmmm... yang ini aku dah cerita dalam entri yang lepsa... CDM HAJAH ROHANA, wanita biasa yang jadi luar biasa... Bayangkan, sepenuh-penuh ruang rumah kedai setingkat tu.. mengimpikan untuk berjaya macam dia.....
Aku bukan nak menambah cerita... tapi aku kagum dengan orang-orang yang berjaya begini..
mereka tak kenal putus asa..tak tahu letih dan penat... tak tahu jemu... ikhlas... sebab tu mereka boleh berjaya...
Dan malam tu baru aku tahu.... Mereka ni tak boleh naik pangkat, selagi mereka tak naikkan sama orang-orang di bawah mereka....

Inilah sebahagian pengalaman aku.... bila aku ceritakan pada sesetengah orang... aku dah kena hentam dulu.... terpulanglah... nak berjaya tak berjaya... adalah atas kita.. dan bila kita berdoa dan meminta...
ALLAH YANG MEMBERI NIKMATNYA....

WAALLAHUALAM...

No comments: