Pages

Followers

Sunday, July 25, 2010

Pagi di Padang Polo...

Dah lama juga aku tak ke Padang Polo... taman rekreasi yang terkenal di Ipoh ini untuk beriadah... Kebiasaannya di pagi Ahad memang ramai... berbagai aktiviti ada..

Pagi tadi... parking hampir penuh. Aku dapat parking betul-betul di depan jerat cina ni.. Kerana tempat ni dah biasa aku lalu... jadi rasa gerun tu hampir dah tak ada... kecuali kalau lalu di waktu malam.... seram ooooo....
Pagi ini aku dikira bertuah... separuh jalan berjalan... aku terpandang kereta-kereta yang diparking di tempat khas ini... Aku dah agak siapa yang ada bersama-sama berjogging pagi ini....
Di padang polo ni , selain berjalan ,berjogging... ada aktiviti senam robik... aku pernah ikut tapi tak mampu ikut sampai habis.... penat oooo...
Dulu, masa anak-anak masih kecil... bila aku sebut saja nak ke padang polo, melompat mereka nak ikut... tapi sekarang jauh berbeza.. Semua sayang nak tinggalkan katil tempat tidor... Dulu, sambil anak-anak bermain di sini, sempatlaa aku menjamu mata, dan merehatkan minda...
Berjogging dan berjalan kaki di sini memang seronok... berbagai kaum, berbagai bangsa, tua muda...semua ada... berbagai lapisan masyarakat...
Pagi ini.. yang ada bersama-sama warga Ipoh di padang Polo ini ialah Baginda Sultan Perak...
ramai bodyguardnya wee....
Gambar ni aku curi-curi tangkap... takut...
Ada juga yang datang ke sini untuk berniaga...
Ini kumpulan orang ramai yang sedang bersenam robik...
sambil-sambil jalan.. tangkap gambar ni...... tak laa penat sangat..
Masa berlalu, memang terasa sangat perubahan badan dan tenaga.. dulu larat buat pusingan jauh... tapi sekarang buat short cut je... jadilaaa...
tapi balik ke rumah....
aku tumbang...keletihan..


2 comments:

Uncle Lee said...

Hi Rosliani, I stayed in Ipoh for a year wayyyy back in the '70s, at Canning Gardens...and can still remember Ipoh quite well.
But da lupa mana this Polo grounds?

Saya suka Ipoh with the many limstone hills around and much cooler than KL.

By the way, you should have bought empat ekor nombor of your BMW as you parked facing the graveyard.
Siapa tau, kan? Ha ha.

I enjoyed looking at your well taken pics.
You have a nice day and simpan satu lagu dalam hati.
Senang datang, Lee.

roslaini saad said...

Uncle Lee..Padang Polo is bes
ide..Jerat China..nearby tempat race kuda...
formaly name Taman rekreasi Sultan Abdul Aziz...
dekat sekolah Teknik Jalan Brash dan sek agama Izzuddin...

I hope unclee Lee..boleh bayangkan di mana...
Anyway..thank you uncle cos datang jenguk my rumah..