Pages

Followers

Sunday, August 1, 2010

LULUS....

Hari ni aku nak beri gred " Lulus dengan Cemerlang" kepada diri sendiri kerana berjaya memandu di waktu malam, melalui lebuhraya Changkat Jering ke Ipoh.....dan waktunya lebih pukul 12 malam.....

Kami sebenarnya dalam perjalanan balik tengok emak dan abah di Matang, dah lewat juga kami balik sebab My suami bawa si Kecik tengok Zoo Taiping malam-malam.... Frust juga tak dapat tengok 'Night Safari Zoo Taiping.' ..tapi mengenangkan dapat berbual puas dengan Kak Ani yang ada balik sama... perasaan tu dilupakan terus.. jumpa kakak lebih seronok dari tengok monyet di zoo....betul tak.....hehehe..

Kami sampai dah lewat petang, sebab sebelah paginya My suami kena bagi ceramah AADK dan ada buat ujian urine pada peserta... lepas tu singgah makan kenduri pulak kat Sungai Siput.... Kemudian singgah pula kat pasar malam Changkat Jering....beli buah tangan... jadi mana tak sampai lewat petang....

Anyway...seronok tengok mak happy.... Semalam talifon, dia mengadu luka pada kaki sebab jatuh hari tu, sakit dan pedih..... lagipun ubat yang doktor bagi hari tu dah habis.. .. Tetapi sebenarnya yang lebih aku risau kerana emak ada kencing manis... luka-luka macam tu tak bagus untuk dia... Kalau tak dijaga dengan baik takut memudaratkan. Kerana My suami pun pernah mengalami luka yang lambat baik, sebab kencing manis... sebab tu aku ajak My suami belikan ubat untuk kegunaan emak..

Bila aku buka dan cuci luka pada kedua lutut emak... memang ternyata, luka tu masih berair dan belum kering. Padanlah emak mengadu pedih...siannya emak.... Tapi kerana aku ni dilahirkan bukan untuk jadi jururawat.... sebab tu barangkali, beberapa kali emak berungut.. aku ni kasar....hehehhehe

Dah hampir pukul 11 malam kami balik ke Ipoh... sebab esok My suami nak balik ke Bota, kampung dia pulak... Separuh perjalanan My suami mengadu mengantuk...

Kami berhenti pekena kopi O.... bagi segar mata , kemudian aku mengambil alih memandu... My suami terus tidor.....memang dia mengantuk benar..... dan elok benar aku yang memandu.....
Sebenarnya dulu, masa awal-awal kahwin dia tak confident juga bagi aku bawa kereta.... tapi selepas beberapa kali 'Lulus" membawa kereta bersamanya... jadi dia jadi lebih yakin aku bawa kereta....( aku bawa kereta lebih laju dari My suami...hehehheh)

Dan kerana tadi aku pekena Kopi O Ginseng tongkat Ali.... jadi mata aku masih tak mengantuk walaupun jam dah tunjuk pukul 2.30 pagi....... wwaaaa... aku kena tidur....

1 comment:

Anonymous said...

Bagus untuk berbakti ketika ibu masih ada.Bukan semua orang dapat menjaga ibu bapa.Saya fikir puan salah seorang yang ambil berat pada ibu puan. Syukur alhamdulillah. Satu ketika dulu ketika bapa saya masih hidup saya kurang memberi perhatian padanya. Setelah dia meninggal (1986), saya rasa kecewa kerana tak sempat berbakti untuknya dan sehingga kini saya tak dapat memaafkan diri saya. Sesungguhnya ibu bapa adalah hadiah terbaik untuk kita.

insani62engine83itm