Pages

Followers

Saturday, July 31, 2010

Faiz..

Dua hari sudah... si Faiz anak no 3 ni, minta pada aku satu perkara...

" mak, boleh tak pinjam akaun bank mak...."

Kalau dia minta duit memang aku tak heran... tapi nak pinjam akaun... memang aku dah tanya.. nak buat apa... ...

jawapannya... "ada orang nak masukkan duit.... dia nak beli barang."

Anak aku ni memang begitu taksub dengan komputer.... berbeza dengan anak-anak lain., si Faiz memang lebih suka duduk berjam-jam depan komputer dari merayau kat luar....memang ada baiknya, tapi kadang kala merisaukan juga....

Persoalannya... " bisnes apa yang dia buat...???? "

Dia memang ada cerita kat aku... tapi sampai sekarang aku kurang faham... sebab ada kaitan dengan game.... tapi bukan pula judi...

Pernah sekali, dia dapat bungkusan poslaju... dapat CD game... tapi aku tahu dia bayar melalui top-up talifon....

Walaubagaimana pun.... aku tetap memantau .....kerana bimbang juga, takut dia terlibat dengan jenayah ciber, dan lain-lain penipuan internet... macam-macam boleh berlaku.......

No comments: