Pages

Followers

Wednesday, July 28, 2010

Anak cina Vs Anak Melayu...

Untuk entry kali ni... sesiapa yang membacanya aku harap dapat berfikiran terbuka.. kerana yang aku tulis ini adalah dari pengalaman dan pandangan aku semata-mata... kalau salah tu minta maaf awal-awal... bukan nak timbulkan isu pulak... sekadar untuk renungan...

Aku dah jadi cikgu hampir kurang lebih dekat 20 tahun.. Dari mula mengajar di Gerik hingga kini di Ipoh... aku mengajar di sekolah yang bercampur pelbagai bangsa ( kecuali semasa di SMK. Kg Dato Ahmad Said Ipoh..sebelum mengajar di sekolah sekarang ) Bila sebut pelbagai bangsa.. ini bermakna, yang aku ajar itu terdiri dari anak-anak Melayu, Cina dan india serta lain-lain kaum...

Sebenarnya dari tiga kaum yang utama ini... Aku begitu senang dengan sikap anak Cina....
sebabnya berdasar pengalaman aku sendiri...

Pengalaman pertama sekitar tahun 1997.. bila mana aku kena handle Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kelab Seni visual. Kebiasaannya bila sebut persatuan Bulan Sabit Merah.. dah tentu kebanyakkannya terdiri dari anak Cina..( sampai sekarang pun..) dan Kelab Seni visual kebanyakkannya anak Melayu... Pada tahun tu, yang aku ingat terdapat perayaan berkembar..Tahun Baru Cina dan Hari Raya Puasa.. Jadi untuk kedua-dua kelab dan Persatuan yang aku handle ni.. aku suruh mereka sediakan kad ucapan hari raya dan buah limau untuk guru-guru.. dan sampaikan pada perhimpunan rasmi...
Pengerusi bagi persatuan PBSM tentunya anak cina.. jadi aku suruh mereka handle.. Aku masih ingat pengerusinya cakap kat aku... Cikgu, cikgu bagi tahu apa kami nak buat ...kami akan buatkan.. .. dan memang betul, ..mereka buat dengan jaya. .. Bagaimana mereka kumpul duit beli limau pun aku tak tahu.. yang pasti, memang cikgu-cikgu dapat buah limau dan kad ucapan dari mereka..
Untuk kelab seni kreatif... aku suruh buat kad selamat hari raya..( buatan tangan).. untuk lebih kurang 100 orang guru... ,,alahai berungut budak-budak tu...sebab kena buat sampai 100 kad ucapan... ( ahli persatuan ramai juga..kalau buat sorang 5 keping.. tak ada masalah..) aku tunjukcara buat kad yang mudah .... bahan semua disediakan.. akhirnya mereka buat juga.. tapi yang lebih banyak buat sorang pelajar yang agak berbakat...yang lain lepas tangan... sudahnya.. cikgu petang tak dapat dibagi kad... frust juga aku...

Beberapa tahun lepas tu.. aku kena mengajar moral... Mengajar Moral ni memang leceh sebab budak-budaknya tak berapa suka subjek yang lebih membaca dan membaca... Jadi untuk menceriakannya, aku apply dalam bentuk praktikal...ajak mereka buat mural..kat dinding sekolah dekat kantin..
Bagusnya mereka ni... mereka dengan sendiri bentuk kumpulan... yang tak pandai melukis, tolong bawa barang, basuh berus dan sebagainya.. yang pandai melukis akan melukis dan mewarna... Kerja memang beres.. Tak perlu belanja mereka minum,,( anak melayu selalu minta belanja makan dan minum, bila minta tolong kerja...) Tak perlu terjerit-jerit suruh kemas barang, cuci berus dan sebagainya.. cukup masa beres... semua dah dikemas.....

Mural ni bertahan agak lama juga di sekolah... dan mereka memang suka sekali..kerana hasil kerja mereka...

Kalau dalam permainan.. Anak-anak cina ni akan menguasai permainan bola tampar dan bola baling... Tak perlu ada cikgu yang suruh.. mereka akan datang sendiri untuk latihan, dan yang senior akan latih untuk pasukan mereka... bab masa memang mereka jaga.. kalau kata latihan pukul 5 petang.. pukul 4 mereka dah ada tepi padang... ( ini pengalaman aku jadi guru bola tampar... ) pernah satu tahun tu... pelajar yang dah habis sekolah... datang membantu team sekolah... memang hebat mereka ni..

Dan hari ni... aku jadi guru pusat sumber...
Terus terang aku katakan... kalau laa tak ada budak-budak ( anak cina ) ni yang tolong aku... mahu aku meroyan.... Dari segi pengurusan pengawas, pendaftaran buku baru.. pinjaman dan sebagainya semuanya mereka urus... Bukan tak ada budak melayu... ada, tapi kemahirannya lain... kurang menyerlah bila bersama aku dalam pusat sumber.. Anak India... pegang keceriaan... sampai sekarang aku tak puas hati...sekali cakap sekali buat.. buat sekejap tinggalnya lama......
Baru ni,,.. mereka dah lantik pengawas baru dari tingkatan 6 rendah... untuk program bulan membaca... mereka dah uruskan segala program dan pertandingan....Aku yang jadi penat kena ikut rentak mereka.....
Siang tadi mereka ingatkan aku tentang kunci pintu pusat sumber yang dah rosak... cikgu belikan aje kunci baru... kami boleh pasang... aku terkejut juga ...hebat budak-budak ni... Masa Pusat sumber baru dapat tv dari Astro... mereka tukar kunci mangga... sebab kata mereka budak asrama tahu buka kunci yang lama....( asrama di atas pusat sumber )
Bukan aku nak puji... tapi bagi aku memang susah aku nak dapat budak yang bertanggungjawab begini... tahun depan pelajar ni, habis tingkatan 6.. memang aku akan patah kaki.... harap yang ganti mereka ni okaylaa harapnya...

Mungkin ada yang kata...ooo budak tingkatan 6, memang boleh buat kerja... sebelum ni sebenarnya aku pernah bagi budak tingkatan 6 handle persatuan seni dan keceriaan... tak jalan juga aktiviti... aku yang kena turun padang melukis mural...buat batik dan sebagainya..

Kalau yang tingkatan 5, kena buat kerja kursus.. mereka ni tak perlu aku kejar sangat..sampai masa mereka akan hantar... walaupun tak lengkap...Mereka tak akan buat kita pening kepala... walaupun, tidor dalam kelas... kerja tetap dihantar...

Tetapi inilah realiti yang aku nampak sejak aku jadi warga guru..... anak bangsa aku memang selalu mengelak dari diberi kerja... dan ada banyak alasan.. tugasan yang diberi tak siap...kurang bertanggungjawab dengan tugas.....

Bukan tak ada anak cina yang bermasalah... ada.... tetapi biasanya, tak ramai.. lagi besar lagi senang handle mereka ni... ( pandangan ni aku ambil dari sekolah aku yer... sekolah lain aku tak tahu....)

1 comment:

AZNI BINTI MAT ISA said...

betul3. dekni stuju. mereka ni suka aktiviti luar. senang kita