Pages

Followers

Friday, June 4, 2010

Petua untuk Berjaya....

Semalam aku mengikuti kursus Mini dari seorang "Jutawan Air lior".....Aku cakap begini bukan sebab apa... Modal yang digunakan hanyalaa kemahiran bercakap.. tapi yang hadir penuh satu ruang ballroom Hotel Syuen 3 bintang kat Ipoh ni... KirALAH ... Kalau satu kepala rm 30.00 ( sorang datang rm 45.00).. yang yang datang tu 500 orang.. Kome kira laa sendiri....heheheh. ( anggaran aku je 500 orang..rasa-rasa macam lebih...)
Itu baru satu malam... kalau dia buat 7 malam... dan aku difahamkan yang mengikuti kursus dia ni dah hampir 65 ribu orang...( Aku pun dah kali kedua datang mendengar....) Sebelum ni aku ikuti kursus yang dianjurkan...tapi satu hari...Bayaran rm 50... Isykkkk... atas angin je duit masuk... Sebenarnya inilah yang dinamakan SMART JOB. guna kemahiran sendiri dan pengalaman sendiri disamping ilmu akademik yang diperolehi untuk mencari peluang.. Yang bagusnya ceramah dia ni tidak menolak Rahmat dan Rezeki Allah...cuma nasihat dia kita minta aje ...Berdoa dengan betul. Rasionalnya... macam kita pi temudugalaa...betul kita cakap dengan penampilan yang betul.. barulah temuduga berjaya..
Okay di sini ada beberapa tips yang diberikan untuk dikongsi bersama....
Petuanya 5 D
1. DREAMS - IMPIAN
2. DESIRE - KEINGINAN
3. DIRECTION - HALA TUJU
4. DETERMINATION ( betul ke ejaan ) - Tekad/ Nekad
5. DRIVE - KUASA BERTINDAK
(........NANTI TEMAN SAMBUNG LAGI....PENERANGANNYA...)

1 comment:

kakcikseroja said...

Ros.. ramai yang berjaya bermodalkan 'air liur'. Tapi, walau pun hanya bercakap, mereka juga kena ada kemahiran - berkomunikasi, menarik perhatian/pendengaran dan yang penting kena ada isi. Tapi, yang datang, mungkin bersemangat mendengar, tapi semangat untuk berjaya seperti mereka, luntur sebaik kaki melangkah keluar pintu! Iyalah.. bukan senang nak senang, kan? Tambah2 spesis semalu macam kakcik ni, dicuit sikit - terus kuncup! :)