Pages

Followers

Monday, June 7, 2010

Al-fatihah....

Awal pagi kami dikejutkan dengan panggilan talifon... emak mertua adikku Ram meninggal.. Bila ku periksa talifon aku.. baru aku sedar, malam tadi dah ada sms dan panggilan talifon dari Kak Ani kakak aku memberitahu hal ini...
Sebenarnya malam tadi aku memang keletihan... Siangnya kenduri kahwin di rumah Kak Kiah...Hafiz dan Izzah sama-sama diraikan sebagai pengantin baru...( nantilaa...ada kesempatan aku menulis tentang kenduri kahwin ni..) Malam tadi memang awal aku masuk tidor..
Lepas membeli sarapan pagi dan menunggu suami balik dari punch kad dan bagi tahu ada kematian... baru kami pergi...Kami sampai memang orang dah ramai... AllahyarhamahM Mak cik Bedah...memang baik orangnya. Kerana mereka hanya tinggal di Simpang Pulai... seringlaa juga kami pergi ziarah.. Paling terakhir beberapa minggu selepas bapak mertuaku meninggal.. Dia begitu ceria masa tu...walaupun kesihatan badan dah tak berapa baik. Sebelum ni memang kami selalu bertukar cerita dengan adik iparku Yazid... sebab penyakit emaknya sama dengan bapak mertuaku....Kencing manis..
Masa menghadiri kenduri di rumah Farhana ( isteri Hafiz ) ...aku jumpa Ram dan Yazid di sana... Yazid dah cerita keadaan emaknya yang semakin uzur... Aku cuma simpan niat nak pergi ziarah selepas habis kenduri rumah Kak Kiah... rupanya memang takdirNya ..hari ini aku pergi ziarah.... tapi dalam keadaan yang berbeza...Beliau dah tak ada....
Tak dinafikan aku tak tahan menahan air mata yang jatuh... kerana mengenang kebaikan Mak cik Bedah, dan mengenangkan pak cik Bahari ( Bapa mertua adik ) yang kehilang temannya selama ini.. Lebih sebak bila terpandang web cam yang terpasang..sepanjang urusan mengkafan... ini khusus untuk anak beliau yang sekarang di UK sedang sambung ke peringkat Phd. Tapi kata adik Ram.. dia ada balik 2 minggu sudah kerana dipanggil balik oleh arwah emaknya.. mungkin detik hatinya dah dapat mengagak ... dia akan pergi.
Bila balik ke rumah,, aku buka facebook... terbaca sesuatu di dinding Aina.. seorang bekas pelajarku juga baru saja pulang ke rahmatuallah... pendarahan dalam otak.. walaupun aku dah tak ingat yang mana satu... tapi sedih hati terasa sekali....
Yang pasti...setiap yang hidup akan mati... tak kira tua atau muda... tak kira masa, pagi atau petang...Bila tiba masanya...kita juga akan pergi...semua ini dah ditentukan Illahi...

1 comment:

Kakcik Seroja said...

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang diredhai. Amin