Pages

Followers

Monday, May 17, 2010

MENTERI BESAR PERAK DATANG BERKUNJUNG.....



Hari ni sebenarnya aku nak menulis tentang dua peristiwa penting...Pertama sambutan Hari guru Peringkat Sekolah dan Kunjungan Menteri Besar Perak untuk Majlis Ramah Mesra, sempena Hari guru... fikir punya fikir akhirnya aku menulis tentang kisah MB dulu....Bukan selalu dia datang....
Sebenarnya, kalau mengikut seorang guru yang juga sekarang pegawai di PPD, MB datang tak mahu disambut besar-besaran. Sebab tu dipesan, jangan ada paluan kompang, bunga manggar dan sebagainya...( Kalau ikut hati pengetua aku, memang dia nak adakan semua tu...siap tayangan slide lagi...)
Memang kalau ditengok majlis tadi ...sempoi habis..tak ada main table seperti kebiasaan... MB duduk pun di meja biasa. ( Kecuali sebelum dia memberi ucapan..atas stage dewan makan asrama).. Cikgu-cikgu lelaki lagi beruntung dapat bergambar dengan MB selepas dibagi bunga...kami cikgu perempuan, diberi oleh Datin ( isteri beliau)
Erm..gambar dengan Datin, terlupa lak nak suruh kawan ambilkan....esuk laa nak download dari kawan. Mana tidaknya...photografer kecil macam aku tenggelam dengan photografer orang surat khabar...berduyun-duyun dema datang.... ( tahu aje dema ni..)
Oh ya,... Sebelum balik tadi aku ditemubual pemberita RTM...tentang intensif yang akan diberikan kepada guru-guru yang berjaya meningkatkan keputusan peperiksaan sekolah...
Tapi tulaa...Nak tengok cannel tv 1 ni, susah betul... sekejap-kejap dah kena tukar cannel..
Ada masuk tv kaaa....hehehhe

1 comment:

AiRi said...

berita tentang kedatangan MB ke SRC da ditayangkan dah cikgu, kalau tak silap saya hari yang sama tp pukul 6 ptg. huhuh