Pages

Followers

Monday, May 31, 2010

Lepas balik sekolah, petang tadi,, aku terima satu call. Dia suruh aku datang kat Hospital yang tak jauh dari rumah aku..Kalau datang dia akan beri satu baucer pemeriksaan darah percuma pada aku....Ringkasnya aku setuju.. sebab aku rasa nak buat pemeriksaan darah. Tapi tujuan sebenar dia suruh ke sana aku kurang jelas....ahhh tak kisahlaa... bukan jauh sangat. Dia sempat suruh aku ajak suami sama. ..Tapi aku cakap suami out station lambat balik... Lagipun aku memang nak keluar petang tadi kerana nak ambil kertas soalan yang aku potostat..( inila kejer aku selalu buat kerje last minit....)

Sebenarnya sebelum keluar rumah, aku berkira-kira nak pergi ziarah seorang kenalan yang baru kematian anak...( anak dah umor 29th kerana sakit jantung..) fikir punya fikir ..tak jadi pulak. Aku terus je ke Hospital dan cadangnya balik nanti ambil kertas soalan yang dipotostat....

Alhamdullillah, parking senang juga. Selalunya susah nak dapat, sebab ruangnya sempit... Dan aku dengan confident mencari tempat yang diberitahu. OH ya... punya perihatinnya mereka, bukan setakat call, mereka juga sms mengingatkan aku.... dan aku perasan ada 3 miss call dari mereka....

Kerana hospital ni aku dah biasa datang.. jadi tak ada masalah aku nak mencari tempat yang diberitahu... Aku disambut mesra dengan dua , tiga staf mereka yang kacak-kacak dan cantik-cantik....First impression aku terkedu...sebab aku ingat ada pameran ke.. atau ada pemeriksaan percuma ke...rupanya tidak..tempat yang aku pergi tak lain tak bukan satu premis perniagaan kesihatan... Perkara pertama yang aku tanya...bagaimana dapat no talifon. Kata mereka ada orang yang cadangkan nama aku...( Isykkk...siapalaa spesis manusia ni....) Aku diberi borang dan minta aku isi.... dan mereka cuba beramah mesra....Kemudian mereka membiar aku seminit dua menanti....sambil-sambil tu aku ambil majallah. Kebetulan ada pula Katalog... aku jadi leka sekejap....Mereka cuba bersembang...tapi sepatah tanya sepatah je aku jawab... aku rasa tak ada mood.....

Aku kemudian dipanggil oleh seorang gadis manis..( gadis ke..??? Opss dia perkenal diri ke tidak yer...aku dah lupa..) Bermekap nipis , bertudung dan ada kesan jerawat batu.....Dan kemudian dia mula bercerita......................................................................................................bla, bla...bla....

Entah kenapa ..aku boring betul dengar dia bercakap... walaupun apa yang dia cakap untuk kebaikan.... yerlaa...topiknya silence killer... ;; semua faktor-faktor penyebab dia terang satu persatu..........dan tentulaa sesetengahnya ada pada aku.....................................
Sambil dia bercakap... aku terkenangkan abah aku yang umor dah hampir 84 tahun tapi tak ada penyakit kronik.... dan anak kenalan aku yang meninggal walaupun baru umur 29 tahun.......Dalam diam aku buat rumusan....Ini semua kerja Allah SWT.. yang menentukan... Lahir, Jodoh, Rezeki dan Maut...Allah dah tetapkan.......What ever kita nak elak..kalau Allah kata dah masanya kita pergi kita tetap pergi.....walau dalam usia apa pun..

Aku dah hilang fokus mendengar dia terus bercakap.... akhirnya aku dapat akal...".Eh adik maaf..... kakak nak ambil bahan fotostat... nanti kedai tutup...."

Dia nampak frust... tapi maaflaa dek...akak lagi frust..... Asyik-asyik, orang bagi gambaran negatif tentang orang gemok.....

Seolah-olah orang gemok tak ambil tahu tentang kesihatan... tak ambil tahu tentang diet...tak kisah tentang senaman....aduhhh mentang-mentang dia kurussss......ssss.s.... Sayang dia jumpa aku dah sakit lutut... kalau tidak mahu je aku cerita macamana aku terror panjat pokok pelam depan rumah aku...walaupun aku gemok....

Akhirnya jam tunjuk 6.30 petang.... yahooo... maaf dek...kedai nak tutup .. kertas soalan akak tak ambil lagi..... akak pergi dulu....
Wajahnya masam...ok laa kak kita buat appointment lain... aku keluar... yang lain tercengang bangang.. tengok aku terus keluar.....hahahah..... selamat aku..

Aku agak mereka tengah promosikan sesuatu.. .. tentang pemeriksaan awal tentang penyakit...scanning penyakit canserke.. ... macam tulaa... Maaflaa... cara mereka menerangkan aku lebih sakit dari dapat penyakit.....


1 comment:

FaAtip said...

hehehehe...kelakorlah kak Ros ni...mesti depa frust giler. Yang heran kan, deme2 ni idak ke lenguh mulut deme ye! Bayangkan lepeh sorang2 datang deme kene ulang bende yang samerrrrr je..hehehe