Pages

Followers

Wednesday, April 28, 2010

PERSIAPAN PENTAS....BERESSS...

Hari ini aku berpuas hati, tugasan diberi selamat dilaksanakan....
Inilah hasil kerja aku hari ini....
Pentas untuk Majlis Anugerah Cemerlang yang akan diadakan esuk.
Petang semalam, selepas membeli pokok hiasan aku terus menghantarnya ke sekolah. Nikman guru muda yang menjadi ketua aku mengeluh..." Serabut kepala saya Kak Ros...ayah saya jatuh..." Aduh kesian dia... Kalau anak dara, dah tentu aku peluk... tenangkan dia.. tapi anak teruna, aku cuma cakap, ...bertenang, jangan risau kak Ros tolong...."
Masa tu Nikman dan beberapa pelajar sedang menggantung langsir. Nikman ni ...satu kelemahan dia.. dia tak pandai bagi arahan pada guru lain. Kalau boleh dia buat semua.... Sepatutnya bila jadi ketua, bab gantung langsir boleh sup dekat guru di bawah jawatankuasa....

Sebab tu aku buat taman ni sampai habis.... Ini part kerja yang paling aku suka... Dah bertahun buat kerja ni... aku dah rasa tak banyak masaalah, menyusunnya...
Hari ni, aku ajak budak-budak lelaki dari Kelas 5K...
Seronok bukan main mereka bila dah siap....dan sempat aku bagi nasihat...
belajar buat ni, nanti boleh buat bisnes....bila ada function atau kenduri kawin...






No comments: