Pages

Followers

Tuesday, April 27, 2010

Persiapan pentas bermula..Majlis Anugerah Cemerlang












Sejak 15 tahun dulu, sedari awal aku menjadi warga Raja Chulan.. satu jawatan atau tugas yang sinonim dengan aku ialah menghias pentas untuk majlis rasmi khususnya majlis anugerah cemerlang.... Mula-mula dulu aku hanya jadi cikgu suruhan di bawah je... ( di atasnya guru-guru kanan ) Aku senang dengan tugas ini kerana ia mencabar kretiviti dan minda....( tugas ni biasanya diberi kepada cikgu seni ) Tapi beberapa tahun berikutnya aku mula mengetuai jawatankuasa bahagian pentas.... Cuma ada beberapa tahun yang aku minta tidak dilantik menjadi ketua kerana mengandung...jadi aku cuma guru membantu.


Tahun ini aku tidak lagi menjadi ketua jawatankuasa pentas... Bukan pihak pentadbir tak mahu lantik, tapi aku diberi pilihan... aku kata berilah peluang kepada guru yang lebih muda untuk mereka mendapat pengalaman.... aku jadi penasihat dan membantu...lagipun lutut aku dah tak kuat untuk bergerak aktif.. Belum lagi dengan tekanan darah tinggi yang aku ada...














Dan seperti tahun-tahun sebelumnya ..aku suka mengenengahkan konsep taman... ada air terjun di depan pentas.. Bekas takungan fountain ini dah aku guna selama tiga tahun,....tapi beberapa tahun sebelumnya, aku dan beberapa orang kawan terpaksa menggunakan kreativiti untuk mendapatkan kolam di hadapan pentas...( sayangnya...aku tak ada gambar-gambar lama pentas untuk diabadikan...)





Satu masalah yang sering aku hadapi bila membuat konsep taman ini ialah mendapat pokok-pokok bunga hiasan untuk menghias keliling kolam.... Satu ketika dulu, kerana kurang arif untuk membelanja wang sekolah... aku lebih rela mengangkut pokok-pokok bunga hiasan dari sebuah rumah kawan ( sekarang dah datin ..) dan kemudian menghantar balik ke rumahnya....
Setakat tengahari tadi...aku cuma dapat menyusun pasu-pasu bunga yang ada di sekolah..tapi masih tak mencukupi...Jadi, petang tadi aku dah turun ke nusery bunga untuk membeli pokok -pokok bunga hiasan sebagai tambahan....
INsyaallah, esuk tak ada raptai...bolehlah memberi ruang untuk aku menyusun pokok-pokok bunga hiasan ini.....tungguu...dan lihat apa hasilnya..!!!!

No comments: