Pages

Followers

Thursday, April 1, 2010

DEMAM AKADEMIK FANTASIA.....

Sebenarnya aku bercadang nak tulis tentang perkara lain... tapi bila aku duduk depan laptop ni... di tv pula siaran ulangan akademi fantasia ke 8 sedang berkumandang.... jadi aku tukar fikiran apa yang aku nak tulis...
Yang aku pelik AF ni...walau diulang tayang dua tiga kali pun...aku masih mahu mendengar ,( menonton )..heheheh... ( nak kutuk, kutuk laa..aku memang tengok AF sejak aku pasang Astro 4 tahun dulu... SEbelum ada Astro dulu , memang aku pelik sangat dengan kisah-kisah AF dan para pelajarnya.. Bila Fenomena Mawi melanda, aku lebih lagi hairan....apa halnya, dengan si Mawi ni.. bagus sangat ke..( aku tak ada lagi Astro masa tu ). Lepas dia menang, aku tengok vide0-video nyanyian dia...memang aku akui dia ada Aura...( suara dia biasa je..sedap lagi suara Jamal Abdillah...)
AF bagi aku dari sejak aku tengok rancangan ni sampai sekarang tak banyak berbeza...cuma ketara, bila pengacaranya bertukar...yang terbaru ni, aku rasa macam tak kena langsung...cakap dah slang mat salleh...dah tu, buat jenaka orang pun tak ketawa....
Dan yang paling aku tak berkenan bila mereka kena raih undian penonton untuk menang...Kalau penyanyi yang gempal sikit...undian rendah. Akhirnya tersingkir....Yang comel sikit, tak berapa bagus suara pun lepas ke Final...
Dah sampai musim ke 8 , tak bolehke tukar format pertandingan..?? Juri separuh, penonton separuh...barulaa berkualiti sikit....Lagipun, toke Astro dah kaya raya pun dengan rancangan ni...( aku...??? aku tengok je, tak pernah mengundi...hahhahahah)
Satu perkara yang aku perasan lagi... kalau rancangan realiti lain,, tak ada tarikan pun nak tengok...padahal suara pesertanya tak kurang juga bagusnya...tau-tau dah final... Toke Astro tentu pakai satu resepi untuk tarik orang macam aku ni....
Apa-apa pun... macam aku cakap dengan anak-anak aku, nasib baik anak-anak mak tak ada bakat nyanyian.... takut-takut nanti masuk uji bakat peserta Af..dapat pulak tu... tak pasal-pasal, tiap hujung minggu emak kena turun ke Kuala Lumpur...bagi support hahaha... dah tu kena pegang kain rentang laa pulakk...emak sporting...!!! Tapi yang tak lalu, nanti berpeluk-peluk laa pulak atas pentas, menangis-nangis.....
( Aduhhh...kalau inilah berlaku.... mana nak ku sorok muka depan anak-anak murid...)

4 comments:

CIKGU NAMAN said...

hehe

mungkin diorang ada bakat mengaji

Zaitun said...

Kak Zai cuma kemaruk tengok AF 2 saja lepas tu tak pernak ambil tahu.

najihah said...

mmg..AF nie x tau la apa kesnyer...suka berpeluk-peluk sesuka hati..nak kata x belaja agama belajar..Entahlah!kdg2 dorg nie x tau kenapa menangis teruk sgt..bukan ke msk tu nak menang??sandiwara aje tu...

Lee said...

Hello Che Roslaini, how you doin'? Terima kaseh you datang ke pondok saya.
About my leaving for Tahiti, check out the CEO, Director's name, add a 'K" to his first name, and look at his degree again, *wink*.
You stay young and simpan satu lagu dalam hati, Aloha oe, Lee.