Pages

Followers

Sunday, April 25, 2010

Aku dan Datin Seri Dr Wan Azizah....

Hari ini, satu Malaysia dah tahu PKR tewas dengan BN di Hulu Selangor....Baguslah juga BN menang... sebab aku selalu dengar, orang cakap Pembangkang ni perlu dalam kabinet..( BN pembangkang di Selangor )..hehhe entahlaa aku tak pandai politik.. cuma suka jadi pemerhati..
Sebenarnya aku tak mahu bercakap tentang politik..tapi nak cerita tentang satu pengalaman yang aku lalui...
Tahun 1998...Suami aku berhenti kerja dengan sebuah syarikat komunikasi yang besar di negara kita...walaupun gaji taklah besar, tapi bila suami berhenti, akulah yang terasa sakitnya...kerana aku yang kena tanggung keluarga. ( masa tu baru anak 3 orang yang masih kecil ..) Semuanya berpunca kerana tekanan kerja yang tak sanggup dipikul oleh suami..
Sebagai isteri, masa tu aku cukup redha....aku jenis yang positif.. Tak makan gaji, kita boleh mulakan perniagaan...tidak pun cari kerja lain...Macam-macam suami ku buat, dan aku bantu...antaranya jual nasi lemak depan rumah..jual buah-buah termasuk pisang, cempedak dan segalanya dari kampung..jual kuih.. dan paling akhir sebelum suami mendapat kerja dengan kerajaan balik, kerjanya memotong rumput di tepi jalan ( ikut kontraktor )bersama-sama pekerja Bangladesh.
Tetapi ayat redha, memang mudah dimulut dan dilafaz..tapi untuk melaluinya perit sekali..tambahan pula masa tu suami juga sakit..( Doktor kata Skezifonia..Bomoh kata terkena buatan orang..) jenuh juga laa aku ikhtiar.. Itulah bahana kalau tempat kerja memberi stress kepada pekerja....memang geram, marah dan macam-macam aku rasa.. Satu ketika pernah juga suami rasa nak pergi potong kabel ....( dia memang arif tentang semua kabel yang dipasang sebab ini memang kerjanya.) tapi alhamdullillah dia tak buat pun.. Kalau dia buat, satu Ipoh putus sistem komunikasi... masa tu tak banyak lagi sistem yang ada sekarang..
Beberapa bulan, selepas suami meletakkan jawatan 24 jam...( tanpa notis) , satu Malaysia gempar sebab Datuk SEri Anwar Ibrahim pula dipecat dari kabinet....dan lebih parahnya..tak cukup dipecat dia didakwa melakukan liwat......
Masa tu aku cuma terkenangkan Datin Seri Wan Azizah........
Aku tak boleh bayangkan bagaimana perasaan dia sebagai isteri masa tu...sudahlah suami dipecat, dituduh pula meliwat.... Masa tu, aku benar-benar mengambil semangat Datin SEri Wan Azizah......pada aku, masalah aku begitu kecil, masalaah dia lagi besar.... Kalau aku malu, suami aku berhenti kerja...Datin Seri Wan Azizah...lagi besar malunya... Apatah lagi lepas tu, perbicaraan demi perbicaraan ..mengusung tilam dan sebagainya. Bayangkanlah perasaan seorang isteri masa tu.!!!!
Sebab tu aku tak heran, bila dia tubuhkan Parti Keadilan... kalau aku di tempatnya pun, aku akan marah, rasa dianiaya, rasa tidak adil...dan seribu satu macam perasaan. Kalau aku pun, aku akan bertindak yang sama... apatah lagi kalau ada penyokong dan pengikut..
Masa berlalu...tahun 1999 suami ku dapat kerja dengan kerajaan Malaysia... Ramai yang kata rezeki anak-anak...( tapi pada aku rezeki orang yang teraniaya )..alhamdullillah..Allah masih murahkan rezeki kami..Dan kehidupan kami kian pulih sedikit demi sedikit...walaupun tidak mewah, tapi cukuplah untuk kami sekeluarga..
Tetapi berbeza dengan Datin Seri Dr Wan Azizah...hari ini dia masih berjuang sebagai pembangkang, ..hingga sanggup melepaskan kerusi parlimennya untuk suami...
Dan dua tahun lalu..( kalau aku tak silap) suaminya dituduh lagi meliwat...aduhhhh...bertambah-tambah laa api dendam dan marah...
Maaflah, kalau ada yang dari parti pembangkang membaca coretan aku ini....
Aku melihat perjuangan yang diteraju oleh Dr Wan Azizah...adalah perjuangan yang penuh dendam dan marah... perjuangan peribadi yang hendak menebus maruah dan harga diri yang dipijak orang... dan apatah lagi, tuan empunya diri lagi-lagi laa tebal dendam, marah, kesumat yang menyala-nyala...
Kalau satu hari dulu aku benar-benar simpati dengan Datin Seri Dr Wan Azizah...tapi hari ini tidak lagi...sebab yang aku nampak dan perhatikan, perjuangannya hanya memecahbelahkan anak bangsa aku sendiri...terutama generasi muda yang inginkan perubahan...

4 comments:

Unknown said...

wahh.. akak boleh jd wakil rakyat ni... hehe~~

msti suami akak bangga dgn akak dan bersyukur dikurniakan akak sbg isteri... akak snggup menaggung susah senang bersama... kagum sgt dgn akak.. =)

Anonymous said...

salam,

saya amat tersentuh dgn kejujuran kata2 puan. puan tidak segan bercerita ttg keperitan hidup puan di masa lalu. puan amat berbangga dgn keluarga puan. tak ramai yg seperti puan ni. saya pun mengalami pengalaman yang hampir serupa dan meninggalkan kenangan yang amat mendalam sampai hari ini. tahun 1998 bakal saya kenang sampai bila2. betapa seorang manusia mengajar anak2 muda dan sekelian rakyat menjadikan budaya samseng jalanan sebagai jalan terbaik mendapatkan keadilan kononnya. betapa dia mengajak sekelian rakyat turut serta dalam hal peribadinya. aduhai betapa bodohnya saya masa tu jadi bangsat jalanan utk memenuhi cita2 beliau sekeluarga. kini tanpa perlu berpolitik dua anak saya sudah berada di luarnegara memenuhi tuntutan bangsa dan agama nya utk menimba ilmu dan pulang sebagai pejuang bangsa dan bukannya pengkhianat. saya tidak lagi berpolitik dan sama seperti puan sebagai pemerhati saja. anak saya yg di negeri uncle sam tu kata, kat sini org berdemo aman damai, polis boleh siap minum teh lagi dgn org yg berdemo. tak ada pecah pintu kedai, tak ada bakar sana sini,,alahai... bila kita nak sampai ke tahap tu yek...

nazar

roslaini saad said...

Cahayachenta...hidup bersuamiisteri bukan masa senang sahaja...tapi terpaksa tempuh waktu susah dan waktu perit..kalau tak sabar.. itulah jadi cerai berai..anyaway terima kasih dek..kakak ni tak layak jadi pemimpin untuk rakyat...pemimpin keluarga cukuplaa..

roslaini saad said...

Saudara Nazar..bulu ruma saya meremang bila membaca komen saudara..Inilah tujuan saya menulis blog..supaya dapat dikongsi bersama pengalaman yang boleh dijadikan panduan dan sempadan pada orang lain...terima kasih kerana sudi membaca..