Pages

Followers

Thursday, March 4, 2010

Bapa mertuaku meninggal...


Hari ini 4hb Mac 2010... aku dapat berita mengejut dari Razi.. "Mak, tok dah tak ada.....!!!"
Memang sejak semalam, aku dah tahu keadaan beliau agak tenat... sebab tu suamiku dah balik sejak semalam..dan beberapa hari sebelumnya.
9.30 pagi aku mohon balik dari pengetua... Nasib jugalah aku dah keluarkan bendera rumah sukan dan beberapa peralatan untuk persiapan sukan untuk rumah tun Tuah...( aku simpan benda-benda ni..sebab tiap tahun, aku juga yang kena buat semua ni..) Sempat jugalah aku mengantung bendera kecil untuk keceriaan arena temasya sukan...
Balik terus ke sekolah anak-anak untuk membawa mereka balik bersama......Alhamdullillah., semuanya berjalan lancar, dan pukul 10.00 pagi aku dan anak-anakku dah bertolak balik ke BOta...
Allahyarham bapak mertuaku, sebenarnya dah dimasukkan ke hospital sejak seminggu yang lalu... dijangka akan keluar semalam, tapi keadaan jadi sebaliknya...
Beliau sebenarnya seorang bapak yang baik dan begitu mengambil berat terhadap anak cucu dan sanak saudara... Walaupun tak kaya harta tapi kaya budi bahasa.. Aku masih ingat, semasa suami ku sakit dahulu... dan kemudian berhenti kerja... aku lebih banyak mengadu pada beliau dari orang tua aku sendiri...Apa ikhtiar yang tak dia tolong membantu aku...walaupun dia sendiri kerja kampung dan bersawah.. tapi tak pernah lokek dengan wang ringgit.
Apa pun, kami semua redha dengan pemergiannya.....
Al-fatihah untuk beliau....

6 comments:

Rositah Ibrahim said...

Salam takziah.Al Fatihah.

CIKGU NAMAN said...

AlFatihah

semoga rohnya dicucuri rahmat

umi_e said...

Al- farihan... semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT...

saleeh rahamad said...

takziah...semoga arwah di bawah lindungan kasih Allah SWT

FaAtip said...

Al Fatihah. Semoga arwah berada di dalam limpah kasih sayangNya. Amin.

AZNI BINTI MAT ISA said...

salam takziah uda,Al Fatihah