Pages

Followers

Sunday, March 7, 2010

Betapa pilu bila kehilangan...



Hari ini baru aku ada peluang balik ke Bota semula... Hari Jumaat, aku kembali ke sekolah untuk persiapan Temasya sukan... Aku diamanahkan menjadi ketua bahagian perhiasan Khemah dan arena...( tugas yang bertahun-tahun diberikan pada aku dan entah bila akan bertukar portfolio...) Sebenarnya aku dah minta pada SU sukan yang membuat senarai tugas untuk guru-guru.... Aku bukan minta tak diberi tugas, cuma minta ditukarkan memandangkan lutut aku dah tak kuat...( Aku bukan muda seperti 10 tahun dulu....) tapi tak dilayan, alasannya aku boleh minta tolong dari guru-guru di bawah aku... Malangnya, guru-guru di bawah aku semuanya lebih kurang macam aku...berpenyakit, seorang mengandung dan seorang lagi ada darah tinggi...macam aku juga...

Mahu tak mahu, sakit tak sakit, kerja kena dilaksanakan... Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar, tapi aku kesian juga dengan guru-guru di bawah aku... kerana aku pun semput juga jadinya... nasib juga ada beberapa pelajar yang membantu... Sebenarnya kerja jadi lambat kerana khemah lambat didirikan... (aku diberitahu petang khamis baru khemah didirikan.)
Kerana keletihan, aku tak balik untuk kenduri tahlil yang diadakan di kampung....
Sabtu ..Temasya sukan sekolah dilangsungkan.. Semasa temasya sukan berjalan, memanglah aku tak ada kerja...aku pun malas nak ambil peduli tentang rumah sukan... Bukan tak ada semangat kesukanan., tapi pengalaman yang lalu membuat aku sakit hati.... Kadang-kadang budak-budak ni, bila mereka menang mereka lupa siapa yang tolong mereka... bila dapat hamper, sebiji kacang pun mereka tak hulur dekat cikgu-cikgu mereka.... padahal, kalau nak harap usaha mereka ...memang tak layak nak menang..
Yang meletihkan tentang tugas aku...bila sukan dah habis...orang lain pi makan, aku dan team aku kena kemas semula khemahh.......aduhhhh!!!! Tapi kali ni nasib baik ada budak -budak pengakap yang boleh diharap dan minta tolong...( Harap budak asrama..semua lari balik ke bilik....geram betull...) Dan biasalah.. tiap kali sukan, kalau bab jamuan, aku cuma dapat kuah aje...isi dah habis....sebab selalu lambat ke jamuan. Dan sebelah petang ....aku tumbang lagi di rumah kepenatan... sebelah malam kepala mula berdenyut-denyut minta simpati...darah tinggi laa tu...
Pagi Ahad , sekolah si kecik pula ada sukan... jadi sebaik saja sukan sekolahnya habis, kami balik ke kampung....
Sebenarnya kami dah boleh agak....petang ini, adik-adik akan balik ke rumah masing-masing... bagaimana dengan emak...Sejak apak pergi...hingga ke petang tadi, suasana masih riuh rendah dengan anak cucu. Tapi bila semua dah balik, keadaan akan berubah...
Bila masuk maghrib,... aku dah mula terasa, kalau tidak saat ini Apak dah mula meminta kat mak, macam-macam.. nak makan, nak minum...kadang-kadang sampai mak marah. Sebab mak nak segera solat maghrib.. Tapi Maghrib kali ni berbeza sekali...
Mak sempat bertanya pada aku...Ros , kamu boleh tak kalau tinggal sorang di sini... Terus-terang aku cakap kat dia, kalau di rumah ni memang aku takut...bukan takut hantu, tapi orang...sebab kes-kes pecah rumah memang banyak kebelakangan ni... Tapi sebenarnya aku lebih takut dengan kesunyian...apatah lagi kehilangan..... bila bersendirian, macam-macam bermain di fikiran..( tapi yang ini aku tak mampu cakap dekat mak...)
Aku cadangkan emak tidur di rumah MakWe...kakaknya yang tinggal di depan rumah. Mak We pun dah ketiadaan suami. .. Tapi emak nampak tak senang dengan cadangan aku, dia lebih selesa di rumah sendiri... Terus terang aku katakan, otak aku memang ligat berfikir macamana, nak elak emak tinggal seorang di rumah.. Lagipun, suami aku anak sulong... dia kena fikir semua ni juga. Emak adalah tanggungjawab dia sekarang...
Malam tadi sebelum balik, hati aku lega...sebab Kamariah, tinggalkan seorang anaknya untuk temankan emak dan bila kami nak masuk kereta.. adik suamiku Latif datang..katanya nak temankan emak....Alhamdullillah...sekurang-kurangnya untuk hari ni...emak tak keseorangan..
On the way balik ke Ipoh, kami terus berbincang....aku bagi green light untuk suamiku balik mungkin selang dua hari...untuk temankan emak... Moga emak tak kesepian dan rasa keseorangan....

2 comments:

aintsuperwoman said...

sedih rasanya kan, bila mak tinggal sorang2.....harap2 adalah sorang dua yang boleh jadi penghibur bila dia sunyi... :(

aznimatisa said...

Hm, sedih baca n3 uda kali ni,, itu la pasangan kita kulu kilir,, bila tak de da di dunia...sunyi..