Pages

Followers

Sunday, February 21, 2010

Kerja cikgu masa cuti...

Cuti sekolah sempena CNY dah nak habis....tapi kerja-kerja yang aku bawak balik tak siap lagi.....alahai... Jadi malam tadi aku terpaksa pulun menyiapkan nombor ni untuk digunakan pada hari pra sukan Isnin ni......

Apa yang aku kesalkan, sepatutnya nombor-nombor ni dah ada, sebab setiap tahun nombor-nombor ni berguna bila ada temasya sukan... Nombor-nombor ni la yang kita nak tengok terutamanya bila ada acara trek.... Kalau budak-budak dah lari payah nak cam rupa mereka lagi... kecuali lah yang kita kenal betul...dan nombor-nombor ni la yang dapat membezakan mereka dari rumah mana...kadang-kadang budak-budak ni pakai T-Shirt ikut suka dema aje...

Awal-awal tahun aku mengajar dulu...aku tak confident sangat nak buat huruf-huruf ni....siap pakai stensil lagi...tebuk dan cetak huruf-huruf satu persatu...leceh dan rumit kerjanya... Tapi lama kelamaan aku dapat rasakan... buat free hand lagi mudah dan cepat...... ermm...setakat nak tunjuk nombor ni kat hakim acara je...

Nombor-nombor ni nanti akan dipinkan di depan dan belakang baju peserta....erm..pinnya dah dibeli ke belum oleh ketua rumah... aku juga ke nak kena beli????


Malam tadi dekat pukul 2.oo juga baru siap nombor-nombor ni..dari 401 hingga 453 di kali dua ( depan belakang )

Kali ni aku nekad...habis je budak guna, suruh mereka pulangkan balik nombor-nombor ni....tak perlu laa buat lagi tahun depan....






2 comments:

AZNI BINTI MAT ISA said...

Lawanya tulisan Uda,, cam budak grafik la,, kami kat tsung wah print no tu atas kain yg ikut warna rumah. Ketua rumah bertanggungjawab kutip balik. jika hilang peserta di denda 2 ringgit, kami tak yah kejar budak,, pk koko ambil nama dari ketua rumah pastu dia yg bombat budak2,, hehe

roslaini saad said...

ooo..bagus idea ni..
PK KoKo kami ni...gabra sikit...kerja dia pun, banyak dia tak tahu...dok suruh orang buatkan..heheh