Pages

Followers

Thursday, November 19, 2009

Result UPSR dah keluar,.....

Hari ini result upsr dah keluar..... Maksudnya dah tiga kali aku menerima keputusan UPSR anak-anakku. Bermula dengan Razi, kemudian Hakim. dan hari ini Faiz.... tapi macam biasa aku tak ghairah macam emak-emak yang lain nak tahu keputusan peperiksaan .......Sebabnya...hehe sebab aku tahu anak aku tak macam anak orang lain...yang study gila...dan aku pun bukan macam emak-emak lain yang mengharap anak-anak dapat 5A...
Barangkali kerana pengalaman aku jadi cikgu....aku lihat budak yang dapat 5A UPSR...belum tentu dapat result yang eluk bila PMR atau SPM....kecuali budak yang betul-betul excellent...dan ada juga semasa UPSR dapat 5A tapi sekarang di Universiti swasta saja....
Tetapi aku tidak menafikan...dari UPSR yang excellent...dah nampak jalan terang ke Universiti..
Sebenarnya aku lebih suka mengambil contoh seorang anak kawanku...UPSR hanya dapat 2A. Tetapi PMR dapat 6A...kemudian sambung ke MRSM dapat 10A..hari ni dah habis belajar dekat Universiti Petronas...( dapat offer ke oversea tapi tak pergi...)
Razi dulu pun cuma dapat 3A... tapi lepas tu aku selalu kata kat dia....tengok kau bukannya tak pandai...kalau rajin lebih sikit mesti dapat 5A...dan Razi buktikan dalam PMR..aku pun terkejut. Hari ini Razi sedang menduduki SPM...cuma aku selalu katakan padanya...Razi kita bukan keturunan bijak pandai...kejayaan kita kena usaha...tak usaha..kita sama ngan orang lain yang gagal.....
Kemudian Hakim....cuma dapat 1A... tapi aku kagum juga..sebab Hakim boleh membaca masa darjah 4... tahun 1 sampai 3 dalam kelas pemulihan. Dan 1A yang dia dapat dalam penulisan..pada aku not bad laah... Dan hari ini Hakim dalam tingkatan 2. .dari kelas ke4, naik kelas ke 3..dan tahun depan katanya naik kelas ke 2....( Hakim ni lagi bergandalaa..malasnya..paling susah nak tengok buat homework ) Harap tahun depan dia nak ambil PMR ada perubahan sikit.....( dia paling tak suka dibandingkan dengan Razi..) Tapi aku yakin Hakim ada kelebihannya yang tersendiri....tunggu masa yang menentukan...Kalau bukan bidang akademik tapi dalam bidang kemahiran..
Dan Hari ini Faiz pula....Kat tempat aku jaga exam, dua orang guru yang bertugas juga ada anak yang dapat keputusan hari ini..sebuk mereka menalifon ...hehe aku diam je..aku kata nantilaah balik nanti tahulaa... Dan dalam sms bertalu-talu datang, bertanya keputusan si Faiz. Dari BOta,..emak mertuaku, dari adik Ram...
Kemudian aku dengar kawan-kawan ku tadi masing-masing anak dapat 4A.1B....erm...anakku macamana yer....aku dah mula tertanya-tanya...
Hari-hari mengadap games...tuisyen tak nak pergi....kelas tambahan pun ponteng....ulangkaji kat rumah boleh dikira....tak macam anak orang lain...ehehe..kalau 5A mahu pengsan aku...
Dan bila balik ke rumah baru aku tahu....ermmm..pada aku not bad laa...heheheh ...
Faiz dapat 3A.1B.1C.....jadilaahhh....

3 comments:

FaAtip said...

waa..dalam tak serius belajar pun dapat 3A. Okay lah tu!! tahniah. Anak Fa dulu dapat 4A 1B. Masa form 1, pertengahan tahun, dia mintak nak hafal quran pulak.

Yang penting SPM kan? Tapi apa2 pun, kita doakan anak2 kita sekiranya tak berapa cemerlang dalam akademik tapi terpelihara akhlaknya. Kalau tinggi ilmu tapi sikap negatif pun nak buat apa kan?

Tapi kalau boleh biarlah berjaya di dunia berjaya juga di akhirat.

`Berjaya' tu pun very subjektif. Ada org rasa berjaya tu mesti pegang jawatan tinggi, bergaji besar.

To us, `berjaya' means cukup makan pakai, kalau berkeluarga, keluarganya bahagia!!

ishh..meleret2 pulak!

roslaini saad said...

Terima kasih Fa..sebenarnya kita sependapat...Kak ros pun tak pernah mengukur kejayaan pada pencapaian akademik..
Kak ros pun kalau boleh nak anak-anak kak ros dahulukan alQuran...tapi entahlaa...kelas mengaji pun ponteng..tak taulaa.bila nak tamat mengaji.

AZNI BINTI MAT ISA said...

Uda tahniah! kim salam kat anak2 uda,, tak yah la kita ukur mereka susah2 sangat uda,, yg penting ada balance,,dekni tak rigid sangat,, nak kan mereka tu taw baca quran, sembahyang yg kadang liat,, result yg lain tu memang penting tapi itu dunia punya cerita,, hee